Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam: S’pura tegas tangani perkauman

Identiti berbilang kaum S’pura adalah asas negara dan ia mentakrifkan rakyat sebagai sebuah masyarakat
Aug 04, 2023 | 06:18 PM



Singapura sentiasa mengambil pendirian tegas menentang perkauman atau diskriminasi dan menangani isu tersebut serta-merta, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.

Berkata demikian pada Majlis Memperingati Hari Kebangsaan anjuran Pasukan Home Team pada Jumaat, Encik Shanmugam menambah bahawa identiti berbilang kaum Singapura adalah asas negara dan ia mentakrifkan rakyat sebagai sebuah masyarakat.

Pada Majlis Memperingati Hari Kebangsaan tahun ini, seramai 105 pegawai Home Team (HT), 15 sukarelawan HT, 11 pertubuhan, empat projek berpasukan dan 49 orang awam menerima Anugerah Hari Kebangsaan Kementerian Ehwal Dalam Negeri.

Para penerima dianugerahkan kerana semangat kemasyarakatan awam mereka, sumbangan bagi memastikan Singapura selamat, serta kecekapan mereka dalam bidang kerja masing-masing.

Anugerah itu dibahagikan kepada lima kategori. Ia merangkumi Anugerah Semangat Kemasyarakatan Awam, Relawan Home Team, Rakan Home Team, kategori Individu bagi pegawai Home Team dan kategori berkumpulan bagi melaksanakan projek-projek tertentu.

Mengetengahkan tema Hari Kebangsaan tahun ini, Encik Shanmugam berkata, rakyat Singapura perlu bersatu.

“Tema Hari Kebangsaan tahun ini ialah Maju Bersatu yang merangkumi dua mesej utama – Maju untuk rakyat Singapura melihat ke hadapan dan bersedia untuk masa depan; dan Bersatu untuk kita menjadi inklusif dan berpadu.


“Pada 9 Ogos 1965, 58 tahun lalu, Encik Lee Kuan Yew membuat komitmen kepada semua rakyat Singapura.

“Beliau mengisytiharkan bahawa Singapura akan menjadi sebuah negara berbilang kaum. Semua orang setanding dari segi bahasa, budaya dan agama.

“Pengisytiharan itu adalah asas kepada identiti Singapura sebagai sebuah masyarakat,” tambah Encik Shanmugam.

Bagaimanapun, beliau juga menegaskan masih terdapat perkauman di Singapura.

“Tiada siapa yang boleh mengatakan bahawa tiada perkauman di Singapura atau dalam mana-mana masyarakat. Tetapi, apa yang penting adalah sama ada ia bersifat institusi, sistemik, dan apa yang kita lakukan mengenainya.

“Secara keseluruhannya, sebagai sebuah sistem di seluruh Singapura dan dalam Pasukan Home Team, saya rasa kita telah mengendalikan isu perkauman dengan munasabah, untuk menanganinya, dan menghalangnya daripada menjadi isu sistemik,” ujar Encik Shanmugam.

Encik Shanmugam juga mengulas tentang kematian pegawai polis Sarjan Uvaraja Gopal baru-baru ini serta dakwaan yang dibuat dalam catatan Facebook, dan berkata polis akan menyiasat isu yang dibangkitkan dengan teliti dan serius.

Beliau turut telah mengarahkan bahawa penemuan siasatan akan dihantar kepadanya dan bersama-sama dengan kerjasama polis, mereka akan membuat keputusan susulan selepas itu.

“Pendekatan kami adalah jelas dan akan sentiasa mengambil pendirian tegas menentang perkauman, atau sebarang jenis diskriminasi.

“Kita tidak akan mengabaikan atau menyembunyikan isu-isu berkaitan perkauman, dan akan menanganinya serta-merta jika ia timbul,” jelas Encik Shanmugam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >