Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Sidang puncak 'era baru' dalam hubungan Asean-Amerika?

May 22, 2022 | 05:30 AM



SELAMA bertahun-tahun, Asean menuduh Amerika Syarikat mengabaikan kumpulan serantau itu, namun sidang puncak khas Asean-Amerika akhirnya diadakan baru-baru ini dengan lapan pemimpin Asean bertemu Presiden Joe Biden di Washington DC.



Pujian kepada Washington kerana sidang puncak itu berjalan lancar dan menggariskan komitmen Amerika terhadap rantau itu, sedang persaingan dari China terus meningkat.



Pengumuman pakej AS$150 juta ($208 juta) disambut baik dan akan melengkapi AS$102 juta yang diumumkan pada sidang puncak Asean-Amerika pada tahun lepas.



Namun, jumlah yang diikrarkan itu adalah kecil berbanding ikrar China sebanyak AS$1.5 bilion pada tahun lepas. Walaupun kedua-dua komitmen itu adalah ikrar yang akhirnya mungkin tidak dilaksanakan, perbezaan simbolik dalam angka China dan Amerika itu amat ketara.



Bahagian terbesar pakej AS$150 juta itu - AS$60 juta - didedikasikan bagi kerjasama keselamatan maritim yang diketuai Pengawal Pantai Amerika dan akan menyokong komponen maritim Pandangan Asean di Indo-Pasifik (Aoip).



ERA BARU



Jadi apakah ini 'era baru' dalam hubungan Asean-Amerika, seperti yang disebut Encik Biden?



Sudah tentu pelantikan beliau berkaitan duta baru Amerika ke Asean - jawatan yang telah kosong sejak 2017 - menunjukkan kesediaan Amerika untuk meneruskan penglibatan konsisten pada masa hadapan dan sekurang-kurangnya membolehkan Amerika mula menebus masa yang hilang bersama duta Asean yang lain di Jakarta.



Namun, Washington masih mempunyai tugas besar. Sebagai permulaan, Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (Ipef) yang sangat dibanggakan Amerika masih kurang butirannya.



Butiran Ipef lebih lengkap yang dijangka didedahkan pada mesyuarat Dialog Keselamatan Empat Hala (Quad) di Tokyo akan menyerlahkan kebimbangan serantau bahawa Washington menggunakan entiti luar Asean untuk menentukan syarat kepada Asean, sekali gus menjejaskan keterasan kumpulan itu.



KEPENTINGAN IPEF



Kenapa Ipef yang ketara dan utama amat penting? Kerana dalam persaingan memenangi kawan dan mempengaruhi pihak lain, itu sahaja yang boleh dilakukan Washington dan Beijing. Amerika adalah pelabur utama rantau ini, manakala China adalah yang keempat, selepas Kesatuan Eropah (EU) dan Hong Kong.



Amerika ialah rakan dagangan kedua terbesar Asean, di belakang China, menjadikannya pasaran eksport utama kepada negara Asia Tenggara. Namun China tidak berdiam diri. Selama bertahun-tahun, Beijing telah berusaha membangun naratif berlainan tentang keupayaan keselamatan serantaunya.



Strategi Indo-Pasifik Bebas dan Terbuka (Foip) Amerika yang menyeluruh adalah 'pedang bermata dua'. Di satu pihak, negara kecil di rantau ini secara teorinya akan menyokong pendirian Washington mengenai norma antarabangsa, seperti kedaulatan undang-undang, kebebasan bersama dan ketersambungan.



Sebaliknya, pakatan keselamatan Quad meletakkan rantau ini dalam rangka kerja geopolitik, iaitu menangani kebangkitan China. Tiada negara Asia Tenggara akan menyokong Foip secara sepenuhnya.



Pertama, Asean mempunyai Aoip-nya sendiri. Kedua, menyokong sepenuhnya Foip yang diketuai Amerika sama seperti 'menarik perhatian' China.



Ringkasnya, Amerika seharusnya hanya menggunakan faktor ekonomi dan pelaburan untuk mendapat sokongan di Asean.



Amerika mungkin mahu bercakap tentang berinteraksi dengan Asia Tenggara, tetapi rantau ini mempunyai pengalaman mencukupi untuk mengetahui untuk tidak mengambil pengisytiharan sokongan Washington begitu sahaja.



Contohnya, penarikan diri Amerika dari Afghanistan tahun lepas; pertukaran pengiktirafan diplomatik dari Taiwan kepada Beijing pada 1979; dan kejatuhan Saigon dan pengunduran Amerika pada 1975.



Asia Tenggara lebih tahu bahawa Amerika mempunyai kepentingannya sendiri, dan rakan kongsi serantau perlu lebih bergantung pada diri mereka sendiri dan saling bekerjasama.




  • Artikel ini adalah versi suntingan artikel yang kali pertama diterbitkan dalam 'Fulcrum,' laman web ulasan dan analisis berita Iseas-Institut Yusof Ishak. Cik Sharon Seah ialah felo kanan dan penyelaras Pusat Pengajian Asean. Dr William Choong ialah felo kanan di institut itu dan juga editor pengurusan di 'Fulcrum'. Rencana ini kali pertama diterbitkan di The Straits Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >