Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sifu taiji cuba 'main taiji' lepas langgar wanita hingga mati

Mar 23, 2016 | 10:47 AM



SEORANG guru taiji yang memandu semasa dalam larangan memandu dan menyebabkan kematian seorang pejalan kaki mendapatkan pelajarnya untuk mengaku bertanggungjawab.

Ahli perniagaan dan guru taiji Tung Eng Hwa memandu pada 24 Nov 2014 ketika di bawah larangan memandu selama 21 bulan kerana kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.

Pada Selasa (22 Mac), Tung, 54 tahun, dijatuhi hukuman penjara lima bulan dan dilarang memandu selama lapan tahun selepas mengaku cuai menyebabkan kematian Cik Tan Kim Siew, 74 tahun, semasa memandu ketika dilarang memandu, dan memberi maklumat palsu kepada polis.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Clement Yong berkata pada hari kemalangan itu, Tung tidak mendapat teksi selepas menunggu 30 minit lalu memutuskan memandu kereta Lexusnya, kerana dia terlewat bagi kelas taijinya di Lorong M, Telok Kurau petang itu.

Pada kira-kira 8.50 malam di Still Road, dia gagal memerhati dengan betul dan keretanya melanggar Cik Tan, yang tercampak ke pembahagi jalan.

Cik Tan meninggal dunia akibat pelbagai kecederaan di hospital kira-kira sejam kemudian.

Sementara itu, murid Tung, Han Chi Kwang, 55 tahun, seorang jurutera peralatan dan instruktor taiji sambilan, menerima mesej meminta dia pergi ke tempat kemalangan itu.

Tung memberitahunya mengenai larangan memandu itu dan, dek bimbang akan dipenjara, menyuruh Han mengaku bertanggungjawab bagi kemalangan tersebut.

Han bersetuju, dan berterus terang hanya apabila dia pergi untuk memberi maklumat lanjut mengenai kemalangan itu pada 8 Disember lalu.

Bulan lalu, Han didenda $4,000 kerana berbohong kepada polis, dengan dua lagi pertuduhan serupa diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >