Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura harus elak perpecahan masyarakat yang berlaku di AS, Britain: PM Lee

Nov 21, 2016 | 03:07 PM



LIMA (Peru): Jurang sosial mendalam yang didedahkan pilihan raya presiden Amerika Syarikat baru-baru ini dan referendum Brexit perlu dielakkan di Singapura dengan membangunkan semangat jati diri dan kebersamaan, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Ahad (20 Nov) (pagi Isnin, 21 Nov waktu Singapura).



"Tidak ada formula ajaib... Pemerintah mesti mempunyai dasar yang secara amnya baik bagi rakyat," kata Encik Lee kepada wartawan Singapura apabila beliau merumuskan lawatan lima harinya ke Peru bagi menghadiri Sidang Puncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec).



Encik Lee mengambil perhatian bahawa di Amerika, ramai anggota Demokrat terdapat di bandar dan kedua-dua kawasan pantai negara itu, manakala anggota Republikan mengisi kawasan Mid-West dan kawasan tengah.



Dalam kes Brexit, terdapat perpecahan antara London dan seluruh kawasan lain Britain, serta jurang berdasarkan paras pendidikan dan pendapatan.



Perpecahan sosial seperti itu tidak boleh dibiarkan meluas di Singapura kerana usaha membina semula jambatan akan menjadi sangat sukar, kata Encik Lee.



Ahli perniagaan Donald Trump memenangi pilihan raya presiden Amerika pada 9 Nov dengan menarik pengundi di negeri Rust Belt seperti Michigan dan Ohio, yang berasa mereka kehilangan pekerjaan dalam sektor perindustrian yang dulu berpengaruh disebabkan globalisasi.



Pada Jun, rakyat British mengundi untuk meninggalkan Kesatuan Eropah sebahagiannya disebabkan kebimbangan mengenai imigresen.



Minggu lalu, ahli akademik Gillian Koh menyifatkan Pilihan Raya Umum 2011 Singapura sebagai "undi mini-Brexit" memandang imigresen merupakan isu panas pada pilihan raya tersebut.



Ditanya mengenai perbandingan itu, Encik Lee berkata "ada perbezaan sangat besar" antara Brexit dan pilihan raya Amerika dan apa yang berlaku di Singapura.



"Perubahan yang disebabkan oleh globalisasi, masalah Rust Belt, ketidaktentuan pekerjaan, ini masalah nyata yang orang rasakan. Anda perlu menanganinya, anda perlu membuat orang bukan sahaja menangani masalah itu, malah membuat orang berasa bahawa kebimbangan mereka didengar dan diurus," ujarnya.



Pemimpin juga mesti membuat orang ramai memahami bahawa isu-isu tertentu, seperti perubahan teknologi dan ekonomi, "bukan sesuatu yang Pemerintah boleh lenyapkan dengan begitu sahaja atau disebabkan oleh dasar yang salah".



Encik Lee berkata di Singapura ada banyak tumpuan pada usaha melengkapkan pekerja dengan kemahiran betul untuk berjaya, melalui sistem pendidikan dan inisiatif SkillsFuture bagi menggalak pembelajaran sepanjang hayat.



Pada masa sama, telah menyediakan skim seperti Daya Kerja dan pakej Generasi Perintis "untuk memastikan semua orang berasa dilayan dengan adil dan jika anda tidak berjaya atas usaha sendiri, anda akan mendapatkan bantuan tambahan".



"Ini membuat semua orang tahu bahawa jika anda berada di Singapura, tidak semua orang sama berjaya, tetapi walaupun anda tidak kaya, anda tidak teruk," kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >