Siri buku bahasa Melayu bagi pelajar darjah tiga dan empat dilancarkan semasa Fiesta Bahasa pagi tadi.
Berjudul Nabil Nabilah, siri itu merangkumi set 20 buku, dengan setiap buku menceritakan kisah watak Nabil dan Nabilah dalam jalan cerita yang berbeza.
Ia ditulis oleh guru-guru bahasa Melayu, dan bertujuan menonjolkan nilai-nilai positif dan murni untuk kebaikan individu, keluarga dan masyarakat mengikut konteks kehidupan Singapura.
Misalnya, buku bertajuk ‘Jemput Makan’ dalam siri buku itu mengajar pembaca tatatertib semasa menghadiri majlis perkahwinan dan mengajak mereka mengongsi pengetahuan yang diraih bersama rakan-rakan yang lain.
Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, melancarkan siri buku itu di Fiesta Bahasa anjuran Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) di Canopy@J-Link bersebelahan Perpustakaan Daerah Jurong.
Dr Faishal berkata siri buku Nabil Nabilah itu memberi ruang kepada anak-anak muda membaca dan mempelajari aspek kehidupan dalam konteks kehidupan di Singapura.
“Ini adalah penting kerana apabila mereka boleh menggambarkan, ia akan meningkatkan lagi tahap pembelajaran mereka bukan saja dalam pembelajaran bahsa Melayu tetapi juga dalam konteks kehidupan dan ini menghidupkan lagi bahasa Melayu kita,” kata beliau, yang juga pengerusi MLLPC.
Pada musim panas ini, taman air Adventure Cove Waterpark di Resorts World Sentosa akan menganjurkan festival buih taman air terbesar di Singapura, Bubble Fiesta, bagi mengatasi cuaca panas terik.
Buih
Syarikat penerbangan tambang murah, Scoot, memulakan operasi pesawat terbarunya, Embraer E190-E2, dengan penerbangan ke Krabi dan Hat Yai, kedua-duanya di Thailand, pada 7 Mei.
Scoot merancang
Apabila mencipta lagu buat diri sendiri, penerbit, penggubah lagu dan ‘rapper’, Alyph, akur dirinya lebih emosi malahan sensitif dalam menyajikan sesuatu yang sangat peribadi dalam kehidupannya.
Juster
Setelah tujuh tahun berjaya memikat perhatian ramai pencinta seni dengan Setan Jawa, gabungan filem dan iringan muzik yang dipersembahkan secara langsung, pengarah prolifik Indonesia, Garin Nugroho
Pendidik, penggiat dan pengkaji seni, Zarina Muhammad, terasa bagaikan ingin mengadakan sesi rumah terbuka berskala besar sempena musim Lebaran yang bakal dilabuhkan tirainya.
Semangat gotong-royong
Jadikan masa bersama keluarga anda lebih bermanfaat dan menyeronokkan dengan kegiatan berikut.
Hari Bumi adalah acara tahunan yang berlangsung pada 22 April bagi menunjukkan sokongan terhadap
Dapur tak harus berasap pada Hari Ibu… kalau pun berasap, soal urusan masak-memasak harus diambil alih anak-anak.
Namun jika anda mahu meraikan ibu dengan membawa mereka menjamu selera di luar rumah
Besar cabaran menjadi seorang ibu, namun ia juga satu pengalaman yang paling bermakna.
Membesarkan anak-anak, menyaksikan kerenah dan belai manja mereka, adalah nikmat yang luar biasa, terutama jika

"Saya harap lama kelamaan, nama Nabil Nabilah ini boleh terus membangun di mana ia menjadi ikon Singapura untuk kanak-kanak dan kanak-kanak boleh melihat Nabil Nabilah sebagai watak yang boleh memberikan nilai-nilai cara kehidupan yang murni, baik, yang boleh kita dapat dalam budaya, bahasa dan kesusasteraan Melayu kita,” tambah beliau.