Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SLA urus tanah negara dalam estet HDB mulai Mac

HDB serah pengurusan bagi pentadbiran lebih luas, kecekapan operasi
SLA
Jan 20, 2023 | 05:30 AM



LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menyerahkan pengurusan semua tanah negara dalam estetnya kepada Penguasa Tanah Singapura (SLA) mulai 1 Mac.



Kesemua fungsi pengurusan tanah tersebut akan disatukan di bawah SLA bagi pentadbiran lebih luas dan kecekapan dalam operasi mulai tarikh itu.



Ini dinyatakan HDB dan SLA dalam satu kenyataan bersama semalam.



Kenyataan itu berkata SLA akan mengambil alih penyenggaraan, maklum balas serta mengeluarkan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) bagi kegunaan tanah negara dalam estet HDB bagi acara keagamaan dan masyarakat, serta kemudahan bersama seperti gelanggang berbilang guna.



"Semua terma dan syarat utama bagi lesen atau perjanjian penyewaan yang dikeluarkan HDB, dan apabila berlaku tarikh pemindahan, tidak akan berubah," katanya.



Pada 1987, HDB dilantik sebagai ejen bagi bekas Pejabat Tanah (kini diletak di bawah SLA) bagi pengurusan dan penyenggaraan tanah negara dalam estet HDB.



Lembaga itu sekarang mengurus dan menjaga sekitar 1,408 hektar tanah negara dalam estetnya dan menguruskan sekitar 600 TOL.



Orang ramai diyakinkan bahawa peralihan agensi pengurusan itu akan berjalan lancar, kata kenyataan itu.



"Pemegang lesen dan penyewa boleh terus berjumpa HDB untuk mendapatkan bantuan mengenai perkara berkaitan TOL dan operasi harian sebelum 1 March," tambah kenyataan itu.



Bagi pertanyaan berkaitan peralihan itu, orang ramai boleh menghubungi HDB di talian 6490-3177, atau menyalurkan pertanyaan menerusi www.hdb.gov.sg/efeedback.



Mulai 1 March, semua permohonan TOL bagi kegunaan tanah negara dalam estet perumahan akan diuruskan SLA, dan permohonan boleh dibuat menerusi portal TOL SLA di https://app1.sla.gov.sg/tol.



Pemohon juga boleh memeriksa apakah sesebuah tapak itu merupakan tanah negara dengan menggunakan ciri "LandQuery" di https://www.onemap.gov.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >