Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura alu-alu gencatan senjata di Gaza

May 22, 2021 | 01:54 AM



SINGAPURA mengalu-alukan gencatan senjata sebagaimana yang diumumkan Israel dan Hamas di samping menyampaikan takziah buat keluarga kedua-dua pihak yang kehilangan orang yang disayangi.



Dalam kenyataannya pada Jumaat (21 Mei), Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata:



"Singapura menyambut baik gencatan senjata bersama yang diumumkan awal hari ini oleh pemerintah Israel dan Hamas.



"Kami menggesa semua pihak agar patuh pada gencatan senjata ini agar dapat menghentikan lingkaran keganasan dan mengelakkan daripada kehilangan nyawa orang awam lagi."



Ucapan takziah diberi buat keluarga mereka yang kehilangan orang tersayang daripada kedua-dua pihak dengan harapan mereka yang cedera juga akan beroleh penyembuhan sepenuhnya.



Sebagai respons kepada situasi kemanusiaan di Gaza, MFA menambah pemerintah Singapura akan menyalurkan AS$100,000 ($133,070) sebagai wang pendahuluan bagi Palang Merah Singapura melancarkan permohonan awam untuk sumbangan tunai dalam menyediakan bekalan bantuan segera.



"Kami meminta semua pihak relevan agar memudahkan kiriman bantuan kemanusiaan yang tangkas dan tidak terhalang kepada orang awam yang terjejas," tambah MFA.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >