Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN LAWATAN NEGARA PRESIDEN HALIMAH KE VIETNAM

S'pura bantu negara lain dalam program 'hijau, lestari'

Oct 27, 2022 | 05:30 AM



PEGAWAI di negara membangun akan dapat memanfaatkan pengalaman Singapura dalam bidang seperti pengurusan sumber air dan keselamatan makanan melalui satu siri kursus yang diperkenalkan Singapura untuk tangani isu kemampanan dan perubahan iklim.



Kursus-kursus dalam Pakej Tindakan Kelestarian ditawarkan di bawah Program Kerjasama Singapura, menurut laporan The Straits Times.



"Pakej itu bertujuan membantu negara menyahkarbonkan dan merangkumi bidang kemampanan, termasuk strategi untuk membina daya tahan untuk sumber air dan keselamatan makanan; mengurus dan membiayai projek hijau; membangunkan prasarana mampan; dan menguruskan pasaran karbon," kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.



Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata kursus selama tiga tahun itu akan menyatukan rakan kongsi daripada pelbagai sektor awam dan swasta, serta pertubuhan bukan meraih untung dan antarabangsa, untuk berkongsi amalan terbaik dalam menangani isu kemampanan dan iklim.



Dr Balakrishnan berkata Singapura juga akan menaja projek nasihat jangka panjang di Asia Tenggara, untuk memperdalam keupayaan mengenai kemampanan di rantau ini.



Di peringkat global, lebih 150,000 pegawai pemerintah dari 180 negara telah menghadiri bengkel atau kursus di bawah program itu, yang ditubuhkan pada 1992 untuk menyatukan usaha bantuan teknikal Singapura.



Kira-kira 88,000 adalah dari negara anggota Asean.



Dr Balakrishnan berkata program ini menggariskan kepercayaan Singapura bahawa kerjasama antarabangsa dapat dimanfaat semua.



Apabila rantau ini aman, makmur dan komited kepada masa depan yang mampan, peluang sosial dan ekonomi tercipta, tambahnya.



"Dengan bekerja secara kolektif, kami mengukuhkan keupayaan kami untuk menangani cabaran masa depan yang dikongsi bersama.



"Dan tiada seorang pun daripada kita boleh menangani ini dengan jayanya secara sendiri," katanya.



Dalam mesej rakaman yang dimainkan pada majlis itu, Setiausaha Agung Asean, Encik Lim Jock Hoi memuji Program Kerjasama Singapura dan pencapaian yang dicapai, sambil menambah bahawa ia menggaris komitmen Singapura yang tidak berbelah bahagi untuk memberi kembali kepada masyarakat antarabangsa.



Beliau berkongsi bahawa sekretariat Asean telah menjadi salah satu penerima manfaatnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >