Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura, Brunei pererat hubungan pertahanan

Dec 07, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA dan Brunei Darussalam menegaskan semula hubungan pertahanan mereka dalam Dialog Dasar Pertahanan (DPD) ke-sembilan yang berlangsung semalam.



Mesyuarat itu merupakan dialog pertama antara kedua-dua negara tersebut diadakan secara bersemuka sejak pandemik Covid-19, kata Kementerian Pertahanan Singapura (Mindef) dalam satu kenyataan semalam.



Setiausaha Tetap (Pertahanan) Encik Chan Heng Kee dan Setiausaha Tetap (Dasar Kewangan dan Pentadbiran) Kementerian Pertahanan Brunei Darussalam Kolonel (Bersara) Norsuriati Haji Sharbini telah mengetuai bersama dialog itu di Mindef pagi semalam.



Sewaktu acara tersebut, Encik Chan dan COL (Bersara) Norsuriati menegaskan semula komitmen kedua-dua negara tersebut mendalamkan lagi hubungan dua hala pertahanan mereka.



Sebagai sebahagian lawatannya itu, beliau juga telah bertemu Menteri Negara Kanan bagi Pertahanan Encik Zaqy Mohamad dan Encik Chan dan telah melawat Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajatratnam (RSIS), serta Skuadron 120 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) di Pangkalan Udara Sembawang.



COL (Bersara) Norsuriati dijadual melawat Ibu Pejabat Pusat Sokongan dan Khidmat Kombat di Kem Kranji III semalam, kata Mindef.



"Lawatan KOL (Bersara) Norsuriati itu menegaskan semula hubungan pertahanan erat dan terjalin lama antara Singapura dengan Brunei," kata Mindef.



Selain mengadakan dialog seperti DPD antara pegawai rasmi kementerian, angkatan bersenjata kedua-dua negara juga berinteraksi secara kerap menerusi latihan dua hala, menghadiri kursus serta mengadakan lawatan dan penukaran profesional.



Satu latihan dua hala melibatkan pegawai Briged Infantri Singapura Kedua (2SIB) dan Batalion Kedua Rejimen Infantri Singapura (2SIR) serta Batalion Pertama Angkatan Tentera Darat Diraja Brunei (RBLF), bernama Maju Bersama baru sahaja tamat pada 30 November lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >