Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura, Mongolia jalin kerjasama tangani perubahan iklim

Jun 12, 2023 | 04:23 PM



Singapura akan bekerjasama dengan Mongolia untuk mengenal pasti projek karbon yang berpotensi meraih kredit karbon bagi membolehkan kededua negara mencapai matlamat menangani perubahan iklim masing-masing, kata Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) pada Ahad.

MSE berkata sebuah pasukan bertugas silang agensi akan ditubuhkan bersama pihak berkuasa sekitaran Mongolia untuk menerapkan sebuah memorandum persefahaman (MOU) yang dimeterai pada Jumaat.

MOU itu ditandatangani Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, dan Menteri Sekitaran dan Pelancongan Mongolia, Encik Bat-Erdene Bat Ulzii.

Cik Fu berkata MOU itu menandakan komitmen kededua negara tersebut bekerjasama dalam pasaran karbon, selaras Artikel 6 di bawah Perjanjian Paris.

Artikel 6 membolehkan negara-negara bekerjasama secara sukarela untuk mencapai sasaran pelepasan Sumbangan Ditentukan Negara (NDC) masing-masing sambil menggalak kemajuan mampan yang mengekalkan keutuhan sekitaran.

NDC merujuk kepada komitmen negara mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau serta membuat penyesuaian terhadap kesannya kepada perubahan iklim.

Singapore dan Mongolia akan bekerjasama untuk mengenal pasti usaha yang berpotensi mematuhi Artikel 6 yang akan dapat menyokong mereka mencapai paras NDC masing-masing.

Artikel itu juga menetapkan agar negara-negara menerapkan suatu kaedah penghitungan karbon yang dipanggil “corresponding adjustment (perubahan lanjutan)”, yang diharap dapat memastikan negara-negara memperbetul pemindahan karbon dari negara ke negara, serta kaedah perdagangan mereka agar dapat mencapai paras NDC itu.

Ini supaya setiap satu karbon kredit itu tidak diperoleh lebih daripada satu entiti.

“Kerjasama sedemikian adalah penting bagi negara-negara memajukan daya usaha menangani perubahan iklim masing-masing dan mempercepatkan tindakan selanjut terhadap menangani isu itu,” tambah Cik Fu.

MOU itu akan menetapkan satu persetujuan berlandaskan undang-undang yang melancarkan satu rangka kerja dua hala bagi pemindahan antarabangsa hasil keputusan usaha menangani perubahan iklim, kata MSE.

Sementara itu, MSE berkata Singapura komited untuk memastikan keutuhan, mutu dan ketulusan pasaran karbon dan menyokong kemajuan tindakan lanjut sedunia bagi menangani perubahan iklim.

Ini termasuk daya usaha pengiraan bebas dan teguh, dan mengelak penghitungan berulang, termasuk mengambil kira perubahan lanjutan, katanya.

Singapura pada Oktober 2022, mengumumkan komitmen mencapai pelepasan sifar menjelang 2050.

Ini melibatkan usaha mengurangkan pelepasan karbon dioksida hingga sekitar 60 juta tan pada 2030 selepas mencapai paras kemuncak terdahulu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >