Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura sasar salur $6.6b bagi menghijau rantau, pupuk kerjasama

Dec 03, 2023 | 03:35 PM



DUBAI: Singapura sedang mengetuai usaha membentuk perkongsian antarabangsa yang diharap dapat menyalurkan pendanaan yang amat diperlukan bagi tujuan menghijau rantau ini.


Ia berharap dapat mengumpulkan AS$5 bilion ($6.6 bilion) bagi membiayai usaha itu.

Usaha tersebut diumumkan pada 2 Disember oleh Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean, yang mewakili Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, untuk menyampaikan kenyataan nasional Singapura di Sidang Puncak Tindakan Iklim Sedunia.

Acara itu sebahagian daripada sidang iklim COP28 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang sedang berlangsung di Dubai.

Di tengah-tengah keadaan geopolitik dan ekonomi yang tidak menentu, Encik Teo berkata dunia masih jauh lagi dalam perjalanan mencapai matlamat iklim.

Walaupun ada sasaran mengehadkan pemanasan dunia kepada 1.5 darjah Celsius, suhu dunia sedang meningkat lebih pesat dan diramalkan meningkat antara 2.1-2.8 darjah Celsius menjelang 2100.

Justeru, Global Stocktake pertama – yang memeriksa inventori cara negara-negara mengambil tindakan iklim – membentangkan peluang yang tepat pada masanya bagi dunia memperbetul haluan supaya mencapai sasaran 1.5 darjah Celsius, kata Encik Teo.

“Ini hanya boleh dicapai jika kita menyampaikan kesudahan bernas, inklusif dan seimbang di COP28, yang merentas usaha pengantaraan, penyesuaian serta cara pelaksanaan.

“Pada saat genting ini, kita perlu memupuk kerjasama berbilang hala lebih kukuh berbanding masa lalu,” kata Encik Teo, yang turut menekankan komitmen Singapura untuk mengusahakan tindakan iklim di negara sendiri, memupuk perkongsian serantau dan kerjasama pada peringkat antarabangsa.

Di negara sendiri, Singapura telah menaikkan matlamat iklim – dengan sasaran mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050, dan mengurangkan pelepasan kepada setara dengan 60 juta tan karbon dioksida pada 2030, selepas mencapai puncak pelepasan, atau kadar pelepasan tertinggi lebih awal.

Sasaran sebelum ini ialah mencapai puncak pelepasan atau kadar pelepasan tertinggi, iaitu 65 juta tan, pada 2030, dan bagi pelepasan berkurangan kepada sifar bersih pada 2050. 

Antara langkah yang dilaksana ialah menaikkan cukai karbon daripada $5 setiap tan kepada $25 setiap tan mulai 2024 dan seterusnya kepada $50 dan $80 setiap tan menjelang 2030, menjadikan cukai itu yang tertinggi di Asia.

Semasa sidang puncak dua hari bermula 1 Disember itu, sekitar 140 pemimpin dunia menekankan tindakan negara masing-masing untuk menangani masalah perubahan iklim, termasuk membuat pelaburan bagi tenaga boleh diperbarui dan membuat ikrar kewangan baru. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >