Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

STB batalkan lesen Sky Travel & Tours, pertimbang tindakan lanjut

Dec 07, 2016 | 11:56 AM



LEMBAGA Pelancongan Singapura (STB) mengumumkan pada Rabu (7 Dis) bahawa ia telah memberi notis pembatalan lesen ejen pelancongan kepada syarikat pelancongan Sky Travel & Tours.



Notis itu disampaikan pada Selasa kerana syarikat itu "telah menghentikan operasi dan tidak dapat memenuhi tanggungjawabnya kepada pelanggan", kata STB dalam satu kenyataan akhbar.



Sky Travel mempunyai tiga minggu untuk memberikan sebab lesen ejen pelancongannya tidak harus dibatalkan.



Selepas 27 Dis, pembatalan itu akan berkuat kuasa. Sky Travel juga boleh merayu kepada Kementerian Perdagangan dan Perusahaan.



Pada Isnin, Sky Travel memberitahu pelanggan yang dijadual berlepas bagi lawatan pada malam itu bahawa ia telah menggulung tikar dan akan menghentikan semua perkhidmatan dengan segera.



Seorang pelanggan, Cik Teo Ino Meo, berkata beliau telah mengemas beg bagi lawatan ke Hokkaido, Jepun, dan tidak diberi sembarang penjelasan daripada syarikat itu setakat ini.



STB berkata ia sedang mengkaji perkara itu dan mungkin menimbang mengambil tindakan lanjut terhadap Sky Travel dan pengarahnya.



Ia menasihatkan pelanggan terjejas supaya menghubungi Sky Travel mengenai status tempahan mereka atau untuk mendapatkan bayaran balik.



Jika Sky Travel tidak dapat dihubungi atau tidak memenuhi perkhidmatannya atau memulangkan wang mereka, pelanggan yang mempunyai insurans perjalanan boleh menghubungi syarikat insurans bagi bantuan.



Mereka yang tidak dilindungi insurans perjalanan boleh menghubungi Persatuan Pengguna Singapura (Case) atau Tribunal Tuntutan Kecil (SCT).



"Kami mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan pengguna supaya mengambil langkah berjaga-jaga seperti membeli insurans perjalanan apabila membayar bagi rancangan perlancongan, dan membayar secara ansuran daripada membuat pembayaran penuh.



"Insurans perjalanan harus menyediakan perlindungan untuk kejadian yang tidak diduga, misalnya ejen pelancongan menjadi muflis," kata STB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >