Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Struktur bayaran Grab baru diharap lebih adil bagi pemandu

Oct 31, 2023 | 06:38 PM



Grab akan memperkenalkan kadar komisen dinamik pada 14 November untuk pemandu yang menggunakan platformnya agar jarak perjalanan dan masa yang diambil untuk mengambil penumpang diambil kira semasa mengira pendapatan mereka.

Langkah itu, yang diambil di tengah-tengah masalah kekurangan pemandu dalam sektor pengangkutan panggilan yang berterusan, akan memastikan pemandunya mendapat pampasan lebih adil dan akan mengurangkan kemungkinan membatalkan tempahan yang tidak berbaloi bagi mereka, kata syarikat tersenarai Nasdaq itu pada 31 Oktober.

Ini tidak akan memberi kesan kepada cara tambang penumpang dikira, menurut bahagian soal jawab yang disiarkan di laman webnya.

Grab kini mengenakan kadar komisen yang tetap kepada pemandunya, sebanyak 20.18 peratus bagi setiap perjalanan, termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Dengan struktur pampasan pemandu yang baru, kadar komisen tetap ini akan digantikan dengan kadar komisen yang berubah bergantung kepada perjalanan.

“Bayaran perkhidmatan” yang baru ini mungkin lebih rendah apabila pemandu perlu memandu jarak jauh dan menghabiskan lebih masa untuk mengambil penumpang, kata Grab.

Sebaliknya, bayaran perkhidmatan mungkin lebih tinggi jika pemandu lebih dekat dengan lokasi penumpang dan mengambil hanya sedikit masa untuk ke sana.

Menurut The Straits Times, semasa beberapa siri percubaan yang dijalankan Grab sejak April, bayaran perkhidmatan yang dikenakan pemandu adalah setinggi 25 peratus dan serendah negatif 10 peratus dengan sistem baru ini.


Bayaran perkhidmatan yang negatif dalam kes ini bermakna pemandu akan mendapat jumlah yang lebih dari apa yang dibayar penumpang bagi perjalanan itu.

Grab berkata bahawa bayaran perkhidmatan lebih tinggi yang dikenakan kepada pemandu yang mengambil penumpang lebih dekat akan digunakan untuk mengimbangi tambang yang lebih tinggi yang dibayar kepada pemandu yang melengkapkan tempahan dengan masa dan jarak pengambilan yang lebih lama.

Struktur bayaran baru bagi pemandu akan digunakan untuk semua perkhidmatan pengangkutan Grab, kecuali GrabShare, Hire, Standard Taxi, GrabHitch dan GrabCoach.

Grab berkata ia akan mempertingkatkan struktur baru itu berdasarkan maklum balas sebelum melancarkannya ke seluruh perkhidmatan pengangkutannya.

Butiran lanjut akan diumumkan kelak.

Grab menyatakan bahawa daripada kira-kira 300 pemandu yang menyertai sesi percubaannya pada awal 2023, 98 peratus melaporkan peningkatan atau tiada perubahan kepada pendapatan mereka.


Grab berkata struktur pampasan barunya bertujuan untuk menangani isu utama dalam kalangan pemandu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >