Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Sinar Ramadan: 'TALIAN PENYELAMAT'

Sudah tiba masa ubah 'niaga tradisi' penjualan musiman

May 08, 2020 | 05:30 AM



SABAN tahun, peniaga Melayu/Islam ghairah menantikan Ramadan.



Ini kerana secara tradisional, Ramadan merupakan musim yang penting dalam kalendar perniagaan masyarakat kita.



Penjualan masyarakat peniaga - khususnya mereka yang menjual produk dan khidmat tradisional seperti kuih-muih - lazimnya mampu berlipat ganda semasa tempoh ini.



Mewah berniaga semasa Ramadan, kadangkala cukup untuk mengimbangi penjualan lesu di bulan-bulan lain, kata ramai peniaga kepada saya.



Namun tahun ini, peniaga mendapat 'tamparan' hebat.



Kemunculan wabak Covid-19 telah membuat ramai peniaga terkapai-kapai dan mengeluh mengadu nasib yang kurang beruntung.



Apakan tidak - tiada bazar-bazar Ramadan yang riuh, kedai-kedai runcit kecuali yang tertentu terpaksa ditutup, orang ramai juga tidak dibenarkan berkumpul.



Bagi mereka yang sudah membuat persiapan lebih awal untuk berniaga atau melabur lebih banyak modal, sudah tentu pengalaman tahun ini lebih pahit untuk mereka.



Ini kerana rentak penjualan tidak mungkin sama tanpa kehadiran kedai fizikal mahupun gerai di bazar-bazar popular.



Tetapi situasi luar biasa ini menimbulkan persoalan lebih penting - adakah ini satu isyarat untuk peniaga kita memikirkan cara mempelbagaikan perniagaan atau mengubah 'tradisi berniaga' di kala musim tertentu?



Ini adalah soalan relevan terutama bagi golongan peniaga yang amat bergantung kepada penjualan musiman, seperti Ramadan dan Hari Raya.



Pernah saya bertanya seorang pemilik butik di Joo Chiat Complex, bagaimana prestasi penjualan mereka sepanjang tahun, di tengah-tengah persaingan runcit yang amat sengit.



Jawabnya dengan pasrah:



"Kami memang tidak mengharapkan bulan-bulan biasa tetapi harapkan penjualan semasa Ramadan dan Hari Raya untuk menanggung kos sepanjang tahun."



Walaupun faham dengan budaya dan amalan masyarakat peniaga setempat, dari sudut perniagaan, sikap seperti ini boleh dianggap berisiko.



Mungkin ada pula yang menyifatkan sikap ini sebagai 'cukup seadanya'.



Namun yang jelas, pendekatan seperti ini berisiko kerana kesan daripada kebergantungan tinggi terhadap sesuatu musim penjualan boleh membawa padah kepada penakatan sesebuah perniagaan.



Mujur, satu 'hikmah' yang dapat diperhatikan daripada episod Covid-19 penuh cabaran ini.



Ramai peniaga yang terjejas oleh langkah-langkah lebih ketat pemutus litar, kini telah beralih ke perniagaan dalam talian dan memanfaatkan wadah dalam talian.



Malahan, lebih ramai mula melihat nilai dan kelebihan di sebalik perniagaan dalam talian atau e-perniagaan.



Yang tidak pernah ada akaun media sosial atau laman web, sudah berjinak-jinak dalam hal ini; yang tidak pernah ambil tahu tentang e-perniagaan mula meninjau-ninjau.



Bagaimanapun, menjangkaui keadaan hari ini, peniaga yang terlalu bergantung kepada perniagaan musiman untuk merangsang penjualan mereka, perlu memandang lebih jauh lagi.



Mungkinkah ini masanya untuk mengubah model perniagaan?



Atau memanfaatkan teknologi sebagaimana yang diseru oleh pemerintah demi jangka panjang perniagaan dalam landskap niaga yang sudah berubah rupa, jika dibandingkan 10 atau 20 tahun lalu?



Mungkin juga ini masa yang tepat untuk peniaga kita meninjau skim mendigitalkan perniagaan yang ditawarkan pemerintah?



Paling terkini yang boleh ditimbangkan peniaga ialah Pakej Perangsang E-dagang yang diperkenalkan tahun ini dan amat relevan di tengah-tengah keadaan Covid-19 sekarang.



Penularan wabak ini belum ada penghujungnya lagi, maka peniaga tidak boleh terus-menerus dengan pendekatan lama.



Walaupun krisis Covid-19 telah menggemparkan dunia dan menggoncang ekonomi global, anggaplah ia satu bayangan kepada peniaga agar meneliti semula cara berniaga dalam konteks dunia yang tidak menentu.



Tidak rugi rasanya, menerapkan sedikit perubahan dalam perniagaan agar tidak ketinggalan di belakang, sekiranya ditimpa musibah lagi di masa depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >