Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MALAM AMAL - KAMI PEDULI RIZ

Sumbangan $40,000 diraih bantu Riz Sunawan

Acara kumpul dana bagi rawatan personaliti televisyen
Oct 09, 2019 | 05:30 AM



ADA yang sanggup membida baju Melayu lengkap dengan kain samping pada harga $1,000.



Ada yang berebut membeli tudung dengan bayaran seikhlasanya.



Ada juga yang mencurah tenaga sebagai kendarat, penaja makanan dan menghiburkan tetamu tanpa menuntut sebarang gaji atau ganjaran.



Itulah semangat keihsanan yang terpapar di Malam Amal - Kami Peduli Riz - acara khusus untuk mengumpul dana bagi rawatan personaliti televisyen dan hos rancangan Riz Sunawan yang berlangsung pada Jumaat lalu di Orange Ballroom.



Hasil penjualan tiket jamuan amal yang dihadiri kira-kira 300 tetamu dan pelbagai derma wang tunai pada malam itu sebanyak $40,800 telah berjaya dikumpulkan.



Riz jelas begitu sebak ketika menerima cek kutipan awal berjumlah $36,000.



"Terima kasih banyak-banyak kerana apa yang anda lakukan ini memberi semangat positif kepada kami... bukan saya seorang tetapi juga bagi mereka yang kurang sihat. Kami akan mengambil usaha ini sebagai sumber kekuatan ini untuk meneruskan kehidupan," ujar beliau,



Riz, 40 tahun, menghidap penyakit motor neuron (MND) yang juga dikenali sebagai amyotrophic lateral sclerosis (ALS).



MND menyebabkan sel saraf di otak dan sumsum tulang belakang yang dipanggil motor neuron tidak lagi berfungsi atau dinamakan neurodegeneration.



Acara itu merupakan inisiatif beberapa personaliti tanah air termasuk Datuk Aaron Aziz, Datuk Adi Putra, penyanyi terkenal Taufik Batisah, Hyrul Anuar, Fauzie Laily, Syed Azmir dan Didicazli.



Ia diterajui Syah Ibrahim dari Orange Ballroom, dan disokong hos bersama malam itu, AB Shaik. Turut membuat persembahan ialah Husin Saaban dan Zainal Ihim.



Menurut Syah, beliau terharu kerana ramai yang tampil untuk menderma biarpun majlis itu hanya dapat menampung bilangan tetamu yang terhad. Setiap tetamu yang hadir mendapatkan tiket berharga $100 dan $150.



"Ada yang tak berjaya mendapatkan tiket tetapi tetap mahu menderma. Dan saya juga cukup terharu kerana semua kendarat yang bertugas telah kembalikan gaji mereka untuk didermakan kepada tabung Kami Peduli Riz," kata Syah.



Aaron yang hadir, telah menyerahkan satu set baju Melayu merah jambu lengkap jenama Jakel dengan kain samping songket untuk dilelongkan. Bidaan telah berjaya ditutup pada harga $1,000.



Isterinya, Diyana Halik, juga telah menyerahkan 20 helai tudung jenama beliau sendiri, harga asal $20 untuk dijual semula dengan sumbangan seikhlasnya bagi tabung tersebut.



Peniaga tempatan, Nazreen Catering, yang popular dengan nasi briyani dam, Hipster Bakes, yang menyajikan aneka kek dan pencuci mulut, dan penyedia sistem suara Aziz Kochen menjadi antara penyumbang utama majlis itu.



Pelopor Kempen 'Kami Peduli', Encik Osman Arrifin, berkata projek pengumpulan dana untuk personaliti dan artis tempatan yang mengalami masalah kesihatan, telah dimulakan lebih 15 tahun lalu dan telah membantu lebih 20 artis.



Lebih $80,000 telah dikumpulkan menerusi pelbagai projek derma dari tahun ke tahun.



"Di Singapura kita tidak ada persatuan yang menjaga kebajikan artis, jadi kami jadikan projek kempen 'Kami Peduli' ini sebagai inisiatif untuk membantu personaliti dan artis yang memerlukan.



"Golongan ini telah banyak menghiburkan kita dan melancarkan acara hiburan dan kemasyarakatan. Jadi inilah caranya kami memberi balik kepada mereka apabila mereka memerlukan," kata Osman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >