Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suruhanjaya persaingan siasat amalan antisaingan dalam niaga alat ganti lif HDB

Jul 14, 2016 | 03:30 PM



SURUHANJAYA Persaingan Singapura (CCS) sedang menyiasat amalan industri ketat dalam pembekalan alat ganti lif di estet HDB.



Dalam satu kenyataan pada Khamis (14 Julai), CCS berkata ia bertindak atas aduan yang mendakwa "beberapa syarikat" enggan membekalkan alat ganti lif bagi penyenggaraan lif di estet HDB.



Majlis bandaran dikehendaki menjalankan penyenggaraan lif secara tetap bagi lif di estet HDB.



Mereka boleh melantik sama ada pemasang asal lif sesebuah jenama bagi penyenggaraan atau mengeluarkan tender bagi menjemput syarikat, termasuk kontraktor penyenggaraan lif pihak ketiga, menyediakan perkhidmatan penyenggaraan bagi pelbagai jenama lif di estet HDB.



CCS berkata ia difahamkan ada potensi penjimatan kos dalam mendapatkan kontraktor lif pihak ketiga bagi pelbagai jenama berbanding mendapatkan perkhidmatan penyenggaraan daripada pemasang asal lif.



Kontraktor lif yang berminat mengemukakan tawaran bagi tender projek penyenggaraan lif perlu alat ganti khusus bagi sesuatu jenama lif.



CCS berkata jika kontraktor lif pihak ketiga tidak boleh mendapatkan alat ganti bagi setiap jenama lif, majlis bandar keberatan memilih mereka berbanding pemasang asal lif.



Secara umum, syarikat pembekal bebas memutuskan dengan siapa ia mahu menjalankan perniagaan, kata CCS.



"Bagaimanapun, keengganan pembekal utama atau tunggal membekalkan produk atau perkhidmatan penting tertentu, yang tidak boleh didapatkan daripada sumber lain, boleh menjadi tidak sah dan melanggar ... Akta Persaingan," kata CCS dalam kenyataannya.



"Keengganan menyediakan alat ganti lif keluaran syarikat tertentu tetapi penting bagi syarikat penyenggaraan lif pihak ketiga oleh sembarang syarikat atau pengedar lif boleh menghalang kontraktor penyenggaraan lif lain bersaing secara berkesan bagi kontrak penyenggaraan lif jenama tertentu di Singapura."



CCS berkata pada 12 Mei, E M Services Pte Ltd secara sukarela tampil untuk komit membekalkan alat ganti lif BLT kepada kontraktor penyenggaraan lif pihak ketiga di Singapura.



Menyusuli maklum balas daripada rundingan awam, CCS berkata ia menganggap komitmen itu telah menangani sepenuhnya keprihatinan persaingan yang dibangkitkan.



Ketua Eksekutif CCS, Encik Toh Han Li, berkata kebanyakan daripada lebih 20,000 lif di estet HDB di seluruh Singapura kini diselenggara oleh Original Equipment Manufacturers (OEM).



Ketidakupayaan kontraktor pihak ketiga mendapatkan alat ganti asli, seperti papan induk lif, menimbulkan isu operasi besar bagi mereka.



"CCS difahamkan syarikat penyenggaraan lif, termasuk OEM, juga mungkin terlibat dalam amalan yang berpotensi antipersaingan itu," kata Encik Toh.



CCS berkata ia akan meneruskan siasatan lain untuk "memastikan akses kepada alat ganti lif penting bagi kontraktor penyenggaraan lif pihak ketiga dan untuknya bersaing dengan berkesan bagi penyenggaraan lif jenama lain".



Ia menasihatkan syarikat yang tidak pasti sama apakah kelakuan perniagaan mereka mematuhi sepenuhnya Akta Persaingan supaya mendapatkan nasihat undang-undang bebas atau memohon panduan atau keputusan daripada CCS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >