Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Tambang rendah punca pemandu kereta sewa privet lebih memilih

Oct 01, 2023 | 05:30 AM



Pemandu kereta sewa privet (PHV), Encik Isham Salim, berkata harga tambang yang terlalu rendah telah membuat beberapa pemandu terpaksa mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

Mereka menunggu tempahan yang menawarkan tambang yang berpatutan, atau menunggu waktu sibuk bermula dengan tambang melonjak tinggi. Tempahan dengan tambang rendah tidak diendahkan.

“Pemandu tidak akan mengambil tempahan yang tambangnya terlalu rendah. Penumpanglah yang akan menanggung akibatnya. Mereka akan lewat ke kerja. Saya sedar kadangkala penumpang keluar siang tapi tak dapat-dapat kereta. Tapi pemandu tidak ada pilihan lain,” kata Encik Isham, 51 tahun, yang memandu dengan wadah Tada.

Beliau, yang mula memandu PHV secara sepenuh masa sejak 2019, berkata antara sebab mengapa terdapat ramai pemandu PHV kini tetapi susah untuk mendapat tempahan pada masa tertentu adalah kerana pemandu menjadi “lebih bijak”.

“Masalahnya sekarang terdapat banyak pengendali PHV dalam pasaran. Wadah masing-masing mahu menarik lebih ramai pelanggan untuk menggunakan aplikasi mereka jadi mereka turunkan harga tambang. Mereka berjaya menarik pelanggan, tetapi pemandu terjejas.

“Kita bukan mahukan harga yang membuat kita kaya, tetapi balik modal, sekurang-kurangnya $1 untuk satu kilometer. Ini tidak, kadang kala harganya 50 sen, 60 sen untuk satu kilometer. Ia tidak memadai jika kita mengambil kira sewa kereta dan harga minyak,” katanya.

Encik Isham berkata disebabkan itu, ramai pemandu tidak suka menerima tempahan bagi perjalanan jauh dan jika terdesak, mereka akan menerima tempahan bagi jarak dekat.

“Tapi saya akan tetap menerima tempahan bagi perjalanan jauh walaupun harga tak memadai kerana saya pun pernah bekerja dulu dan saya tahu ada orang yang sudah lambat dan benar-benar perlukan kereta,” kata Encik Isham.

“Kita dalam industri ini membantu apa yang boleh. Saya tahu ramai pemandu menunggu harga yang baik tapi saya harap pemandu lain pun kalau boleh sikit lebih kurang, ambil sahajalah, jangan memilih sangat. Tetapi kami harapkan agar huraian tentang tambang ini dapat dicapai segera,” tambah bapa empat anak yang sudah bekerja itu.

Encik Isham memandu kereta sewa Hyundai Avante sekitar 10 jam sehari, bermula dari 8.30 pagi hingga 7 malam.

Beliau dapat memandu pada kedua-dua waktu sibuk pagi dan petang.

“Tapi kadangkala saya tidak kejarkan waktu sibuk kerana apabila saya sudah mendapat rezeki untuk duit sewa dan minyak, saya akan pulang,” katanya.

“Saya juga tidak mengejar insentif dari dulu lagi kerana bagi saya, walaupun ia dapat menambah pendapatan, pemandu yang terkejar-kejarkan insentif kadangkala lupa tentang keselamatan diri dan penumpang,” tambahnya.

Dalam mencari huraian bagi memastikan bekalan pemandu yang mencukupi di jalan raya sepanjang hari, Encik Isham berharap ia tidak melibatkan penetapan syarat untuk pemandu memandu bagi jumlah masa yang ditetapkan.

“Pemandu ini sebenarnya seperti mengendalikan perniagaan mereka sendiri. Umpamanya, kadangkala saya memandu tidak sampai 10 jam dan sudah boleh balik. Kalau diletakkan syarat jumlah masa yang perlu saya pandu sehari, saya terpaksa melanjutkan lagi masa memandu saya,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >