Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tanah runtuh di Clementi: PUB edar alat perlindungan banjir

Sep 07, 2022 | 05:32 AM



AGENSI air negara PUB mula mengedarkan beg banjir boleh kembung dan penghalang banjir mudah alih ke rumah-rumah di Sunset Way dan Sunset Drive pada petang kelmarin.



Ini adalah langkah berjaga-jaga selepas kejadian tanah runtuh minggu lalu menyebabkan sekatan di Sungei Ulu Pandan berhampiran.



Alat perlindungan banjir itu boleh disiapkan dengan cepat semasa hujan lebat, untuk mengelak air banjir daripada memasuki rumah, kata PUB dalam satu kenyataan di Facebook.



"Kami juga telah melibatkan pemilik kediaman di kawasan berdekatan untuk membantu mereka dengan penyediaan perlindungan banjir," tambah agensi itu.



Beg banjir boleh kembung adalah alternatif kepada beg pasir tradisional dan diisi dengan bahan yang mengembang apabila terkena air, manakala penghalang banjir mudah alih mewujudkan empangan untuk mengalihkan air banjir.



Sementara itu, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) berkata dalam satu catatan Facebook berasingan kelmarin bahawa kerja untuk meluaskan saluran di sungai itu telah bermula menyusuli ujian makmal ke atas sampel tanah untuk menentukan kekuatan dan keadaan tanah yang tertanggal.



"Kami telah memastikan bahawa kami boleh melebarkan saluran dengan selamat daripada 1.5 meter kepada 3.5 meter, untuk menambah baik aliran air dan mengurangkan risiko banjir," kata HDB.



"Usaha meluaskan saluran telah bermula dan dijangka siap tidak lama lagi."



Pada Jumaat lalu, satu kejadian tanah runtuh di tapak binaan Clementi NorthArc di Clementi Avenue 6 telah merosakkan penghubung taman itu dan menyebabkan tanah menggelongsor ke dalam Sungei Ulu Pandan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >