Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Tanah tempat ibadah: Sistem undi ganti tender kompetitif

Ia demi pastikan keadilan, beri peluang kepada semua badan keagamaan dapatkan tanah tempat ibadat
May 28, 2023 | 02:01 PM



BADAN-BADAN keagamaan di sini boleh jangkakan harga tanah tempat ibadat lebih rendah daripada harga sedia ada.

Ini setelah pemerintah umumkan perubahan pada rangka kerja bagi peruntukan tanah dan harga tanah tempat ibadat.

Rangka kerja yang disemak semula itu akan memastikan lebih banyak keadilan dan menyediakan semua badan keagamaan dengan peluang dapatkan tanah tempat ibadat.

Kecuali masjid, tanah-tanah tempat ibadat akan datang akan diperuntukkan melalui sistem undian dan bukan melalui tender kompetitif sedia ada.

Tanah untuk membina masjid diasingkan secara langsung oleh pemerintah pada harga yang telah ditetapkan oleh Ketua Penilai yang mencerminkan nilai pasaran saksama tapak tersebut.

Tanah masjid dikendalikan secara langsung oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), yang menyelaras pembinaan masjid.

Menurut Kementerian Pembangunan Negara (MND), perubahan pada rangka kerja itu dilakukan setelah mengumpul maklum balas daripada badan-badan keagamaan yang menyuarakan kebimbangan tentang harga tanah yang semakin meningkat saban tahun.

Dalam rangka kerja baru itu, setiap badan agama yang layak akan diberi satu peluang undi.

Bagi setiap kali mereka tidak berjaya mendapatkan tanah tempat ibadat melalui proses tender atau undi sepanjang lima tahun kebelakang, badan tersebut akan diberi satu peluang undi tambahan, dihadkan pada keseluruhan empat peluang undi.

Tanah tempat ibadat akan diberikan kepada badan agama yang menang undian tersebut.

Badan tersebut kemudian perlu membayar harga yang telah ditetapkan Ketua Penilai.

MND berkata melalui sistem baru ini, akan ada kepastian harga pendahuluan kerana badan keagamaan akan bayar harga yang telah ditetapkan seperti yang ditentukan oleh Ketua Penilai.

Harga tanah tempat ibadat dijangka lebih rendah berbanding harga sedia ada, tambah kementerian itu.

Dalam pada itu, untuk memastikan peluang undian diagihkan secara saksama kepada semua, badan keagamaan yang sudah dapatkan tapak baru dalam lima tahun kebelakang serta mereka yang sudah memperbaharui pajakan, perjanjian penyewaan atau lesen penghunian sementara dalam dua tahun kebelakangan, tidak akan dibenarkan mengambil bahagian dalam undian.

Premium pembaharuan pajakan bagi tanah tempat ibadat akan diselaraskan dengan rangka kerja penetapan harga baru ini dan oleh itu, juga dijangka lebih rendah daripada premium sedia ada.

Badan agama yang memperbaharui pajakan mereka tidak akan tertakluk pada sistem undi, jelas MND.

Rangka kerja baru itu akan berkuatkuasa bermula pelancaran tanah tempat ibadat akan datang yang difahamkan akan diumumkan pada suku ketiga 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >