Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tapak Jurong Country Club akan tetap diambil pemerintah

Nov 20, 2015 | 02:52 PM



PEMERINTAH akan meneruskan pengambilan tanah yang diduduki Jurong Country Club sekalipun jika projek rel berkelajuan tinggi (HSR) Singapura-Kuala Lumpur tidak dilaksana, menurut jawatankuasa umum kelab itu.


JCC berkata pada Khamis (19 Nov) ia akan mengemukakan tuntutan pampasannya kepada Pemungut Hasil Tanah pada Rabu depan, berikutan pengesahan bahawa siasatan Pemungut mengenai pampasan bagi pengambilalihan tanah JCC itu akan dijalankan pada hari tersebut.


Sesetengah penganalisis membuat spekulasi bahawa projek HSR mungkin ditangguhkan, malah dibatalkan, memandangkan penyokong utamanya, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, menghadapi cabaran sukar dalam politik domestik.


Hanya bulan lepas, sebagai contoh, pakatan pembangkang Malaysia berkata ia akan membatalkan projek itu jika ia dapat mengambil alih kuasa persekutuan.


Bagaimana, petunjuk lain memberikan petanda baik, dengan Malaysia dan Singapura melancarkan Permintaan Maklumat (RFI) awal bulan lalu untuk mendapatkan pandangan pasaran mengenai HSR.


Kelab itu dalam satu kenyataan pada Khamis berkata anggotanya bertanya dalam satu mesyuarat luar biasa baru-baru ini sama ada projek HSR mungkin dibatalkan memandangkan ketidaktentuan politik di Malaysia.


"Jawatankuasa umum menasihatkan bahawa Penguasa Tanah Singapura (SLA) telah menyatakan dengan jelas bahawa pengambilalihan itu akan kekal tidak kira sama ada ada isu-isu lain," katanya.


Menurut JCC, anggotanya lebih suka jika kelan itu terus kekal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >