Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tarikh fail penyata cukai dalam talian hingga 18 Apr

Apr 16, 2023 | 05:30 AM



HANYA tinggal beberapa hari lagi untuk menyerahkan penyata dalam talian bagi cukai pendapatan individu, memandangkan tarikh tutup cukai tahun ini semakin hampir.



Pembayar cukai mempunyai masa sehingga Selasa, iaitu 18 April, untuk memfailkan dan menyerahkan penyata mereka dalam talian bagi tahun taksiran 2023 - termasuk pendapatan yang diperolehi dari 1 Januari hingga 31 Disember 2022.



Mereka yang gagal berbuat demikian berisiko didenda sehingga $5,000.



Pada 2022, satu daripada 20 orang tidak memfailkan penyata cukai menjelang tarikh tutup, lapor The Straits Times pada awal 2023. Musim cukai tahun ini bermula pada Mac.



Pembayar cukai hendaklah menyemak sama ada mereka memenuhi syarat bagi pelepasan cukai dengan memasuki go.gov.sg/taxreliefs atau menggunakan Pemeriksa Pelepasan Peribadi di laman web Penguasa Hasil Mahsul Dalam Negeri Singapura (Iras), sebelum memasukkan tuntutan mereka dalam borang cukai mereka di Portal myTax.



Mereka yang mahu membuat tuntutan buat kali pertama harus ingat bahawa pelepasan tidak diisi terlebih dahulu dalam penyata.



Mereka yang telah memfailkan pelepasan cukai pada tahun-tahun sebelumnya juga harus menyemak sama ada mereka masih layak bagi pelepasan sama.



Borang cukai di Portal myTax Iras diisi terlebih dahulu berdasarkan pelepasan cukai yang diberikan pada tahun sebelumnya, dan adalah menjadi tanggungjawab pembayar cukai menyemak sama ada pelepasan sama masih layak diterima.



Sebarang tuntutan pelepasan cukai salah adalah satu kesalahan dan penalti boleh dikenakan, kata Iras.



Pelepasan biasa yang dituntut secara salah termasuk pelepasan anak, ibu bapa dan pasangan, kerana kebanyakan penuntut tidak memenuhi syarat kelayakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >