Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tema baru semarak Bulan Bahasa tahun ini

Rahayu turut garis matlamat dakap semua kepelbagaian dan menggalak kelainan serta kesegaran dalam acara yang dianjur kali ini
Feb 23, 2019 | 05:30 AM



BULAN Bahasa kembali sekali lagi tahun ini dengan satu tema baru bagi terus menggalak penggunaan dan menyemai cinta dalam bahasa Melayu.



Mengumumkannya dalam satu sesi taklimat bersama rakan kerjasama di Muzium Negara Singapura kelmarin, pengerusi jawatankuasa Bulan Bahasa 2019, Cik Rahayu Mahzam, berkata tema bagi kempen tahun ini ialah Cita. Citra. Cinta. Bahasa Kita.



Tema baru itu menggantikan tema yang lama - Ilmu, Budaya, Mesra - yang telah digunakan sejak 2013.



"Kita semua merasakan sudah tiba masanya untuk mengadakan sedikit pembaharuan dan langkah pertama adalah untuk mengadakan tema yang baru.



"Dengan tema yang baru ini, kita ingin mengajak semua rakan kerjasama untuk memikirkan idea yang menarik dan baru agar kita dapat mengadakan kegiatan yang lebih bermakna dan bermutu, serta meninggalkan kesan yang berpanjangan kepada mereka yang mengambil bahagian dalam acara Bulan Bahasa," kata Cik Rahayu, yang juga Anggota Parlimen GRC Jurong.



Tema baru itu mencermin objektif mahu menjadikan bahasa Melayu kekal relevan dalam kehidupan, menerapkan bahasa, sastera dan budaya Melayu dalam pelbagai corak kehidupan negara sebagai citra masyarakat, dan menyemai rasa cinta dalam bahasa, sastera dan budaya Melayu.



Cik Rahayu menambah bahawa tema baru yang dipilih itu melambangkan aspek penting dalam kehidupan sesuatu masyarakat itu.



"Yang pertama kita mengharap adanya visi ataupun aspirasi bersama untuk maju dan mempertingkatkan penggunaan bahasa Melayu dan juga citra, kerana ia melambangkan suatu imej ataupun sesuatu yang ingin kita paparkan kepada masyarakat luar dan ini adalah sesuatu yang kita rasa ada kepelbagaian dalam bahasa Melayu sebenarnya.



"Kita ingin juga mendakap semua kepelbagaian ini dan menggalak kelainan dan kesegaran dalam acara yang dilakukan. Akhir sekali ialah cinta. Yang penting adalah akar dan juga rasa cinta kepada bahasa dan budaya. Itu juga kita mahu pahatkan dan kuatkan," kata beliau, sambil berharap rakan kerjasama dapat mengadakan kegiatan yang lebih khusus, terfikir dan bermakna tahun ini.



Anggota jawatankuasa Bulan Bahasa 2019, Encik Chairul Fahmy Hussaini, pula berkata setelah 30 tahun menjayakan kempen itu, pihaknya merasakan tahun ini adalah tahun terbaik untuk meningkatkan dinamisme bahasa Melayu di Singapura.



"Kami merasakan bahawa masyarakat kini lebih terdorong untuk memanfaatkan bahasa Melayu dalam sekitaran hari ini yang menuntut penggunaan bahasa Melayu yang lebih baik, yang lebih dinamik," kata beliau.



Bulan Bahasa 2019, yang bakal berlangsung dari 17 Ogos hingga 13 Oktober, akan dilancarkan secara rasmi di Muzium Tamadun Asia (ACM) pada 7 September ini.



Rakan kerjasama, seperti sekolah, kumpulan seni tempatan dan kelab masyarakat boleh mendapatkan sokongan dana daripada pelbagai badan dalam menganjurkan kegiatan dan program sempena Bulan Bahasa.



Ini termasuk daripada Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu, Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew dan Jawatankuasa Penterjemahan Nasional.



Setiap program atau kegiatan yang dianjurkan hanya boleh menerima sokongan dana daripada satu badan saja dan tarikh tutup bagi menghantarkan cadangan program ialah pada 21 Mac ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >