Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Terminal 4 Lapangan Terbang Changi dibuka

Oct 31, 2017 | 10:10 AM



TERMINAL terbaru Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, T4, memulakan operasi pada hari pertama awal pagi tadi.



Ia menandakan satu lagi perkembangan penting dalam sejarah industri penerbangan di Singapura.



Operasi di terminal itu berjalan lancar sedang para penumpang pesawat penerbangan Cathay Pacific mula masuk ke dewan keberangkatan terminal itu seawal jam 4 pagi.



Mereka menggunakan kemudahan check-in layan diri sambil dibimbing oleh para pekerja lapangan terbang.



Pesawat pertama Cathay Pacific, CX659, dari Hongkong mendarat di T4 sekitar jam 5.40 pagi.



Pesawat Cathay, CX650, kemudian berangkat dari Singapura jam 6.50 pagi.



Para penumpang yang sampai di T4 menggunakan pesawat CX659 disambut oleh pekerja lapangan terbang yang membawa bunga orkid dan beg diisi pelbagai habuan di pintu ketibaan.



Semasa mereka mengambil bagasi, mereka juga dihiburkan dengan kuartet instrumental, serta diberi kopi dan sarapan pagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >