Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Terus semangat berkhidmat walau hadapi pelbagai cabaran

May 20, 2021 | 05:30 AM



BELIAU bersama rakan sekerjanya yang lain telah berada di barisan hadapan dalam usaha Singapura menghadapi Covid-19 lebih setahun lalu.



Tugasnya menjaga pesakit di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) semakin mencabar sedang jumlah jangkitan semakin meningkat dan semasa negara ini terpaksa melalui tempoh pemutus litar (CB) dari 7 April hingga 1 Jun tahun lalu.



Dalam tempoh beberapa minggu lalu, ketua jururawat di TTSH Dr Hoi Shu Yin, telah melalui pengalaman yang sama di tempat kerjanya sedang kelompok jangkitan Covid-19 muncul di hospital itu, menyebabkan ia ditutup dari pengunjung sejak 29 April.



Namun, menyusuli kejadian itu, ramai yang terkejut dengan kisah-kisah yang dikongsikan di media sosial mengenai kakitangan TTSH yang dijauhi anggota masyarakat kerana bimbang dijangkiti.



Namun, Dr Hoi, yang telah berkhidmat di TTSH selama lebih 20 tahun, tidak endahkan isu tersebut.



Ketua jururawat berusia 43 tahun itu berkata: "Anggota masyarakat awam ada keprihatinan mereka sendiri, dan kami faham. Tapi saya percaya apabila mereka mendapat maklumat yang lebih, mungkin mereka kurang bimbang.



"PM Lee juga telah mengecam tindakan diskriminasi seperti itu, dan ini menunjukkan pegangan negara."



Menerusi satu catatan di Facebook Jumaat lalu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengutarakan kekecewaannya terhadap mereka yang mengamalkan diskriminasi terhadap kakitangan TTSH.



"Kami faham ramai yang bimbang, tapi ini tetap sukar untuk dilihat," tulisnya.



"Selama lebih setahun kita menghadapi Covid-19 dengan pelbagai cara, dan kerana kita semua bekerjasama, keadaan bertambah baik.



"Kita tidak boleh membiarkan sebarang kegenjotan memecah-belahkan atau menghancurkan kita kerana jika kita hilang perpaduan, maknanya virus ini sudah menang."



Seorang jururawat menulis di Twitter sebelum ini bahawa ada pemandu kereta sewa yang telah membatalkan tempahannya setelah mereka menyedari beliau ingin ke TTSH.



Seorang jururawat lain berkata beliau menyedari ramai yang menjauhi beliau apabila beliau menaiki MRT dalam seragamnya.



Menteri Kesihatan sebelum ini, Encik Gan Kim Yong, berkata di parlimen Selasa lalu bahawa insiden diskriminasi seperti itu merupakan sebahagian daripada "trend yang membimbangkan".



"Kami memerhatikan sebahagian kecil penduduk Singapura yang mengambil langkah untuk melindungi diri mereka tapi pada masa yang sama mengorbankan kesejahteraan pekerja kesihatan kita.



"Ada diantara mereka yang telah disuruh keluar dari rumah mereka oleh pemilik tanah, ada juga rakan sekerja yang menjauhi mereka. Pada pendapat saya ini semua salah," kata Encik Gan, yang telah melepaskan jawatannya sebagai Menteri Kesihatan Sabtu lalu dan kini merupakan Menteri Perdagangan dan Perusahaan.



Pengerusi jawatankuasa kesejahteraan di TTSH, Profesor Madya Habeebul Rahman, percaya amalan diskriminasi seperti itu tidak mencerminkan apa yang dirasakan oleh majoriti rakyat Singapura.



"Perbuatan diskriminasi itu boleh timbul ketika seseorang individu itu khuatir akan keselamatannya.



"Tetapi penting untuk ingat ramai yang sebenarnya mempamerkan sokongan mereka terhadap pekerja kesihatan dan kita menghargai perkara tersebut," kata Profesor Habeebul, 47 tahun.



Seorang lagi jururawat menyatakan bahawa tempahannya di Hotel G dibatalkan untuk "mengelakkan risiko" terhadap tetamu hotel lain.



Menurut laporan The New Paper, jurucakap hotel itu berkata ini terjadi disebabkan maklumat yang tidak lengkap mengenai dasar tempahan hotel itu yang disebarkan.



"Menyusuli kes ini, pihak hotel ingin meminta maaf atas kesilapan dalam komunikasi ini dengan tetamu dan telah pun menghubungi tetamu itu...untuk menjelaskan perkara sebenar," kata jurucakap hotel tersebut.



Menurut Encik Gan, hampir 28,000 orang telah diuji dalam usaha mengenalpasti kes yang berkait dengan kelompok TTSH ini, yang masih aktif.



Apabila ditanya sama ada kes yang semakin meningkat ini melemahkan semangat kakitangan TTSH, Profesor Habeebul berkata: "Memang tak mengejutkan jika semangat kakitangan terjejas, namun ada juga rasa perpaduan semasa tempoh sukar ini.



"Kami juga mengingatkan satu sama lain untuk tidak berputus asa dan menyerah kepada sentimen negatif tapi meneruskan tugas yang kami perlu lakukan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >