Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tharman mahu dekati golongan rentan, keluarga kurang bernasib baik jika jadi Presiden

Aug 25, 2023 | 04:43 PM



Meskipun tidak akan terlibat lagi dalam urusan harian pemerintah dan penggubalan dasar, calon Presiden Encik Tharman Shanmugaratnam, 66 tahun, berkata beliau tetap ingin terus mendekati rakyat, khususnya golongan rentan dan keluarga kurang bernasib baik.

Menurutnya, ia adalah antara keprihatinannya dan isterinya, Cik Jane Yumiko Ittogi, sepanjang hidup mereka, dan berharap, jika dipilih menjadi Presiden, beliau dapat mengembangkan usaha tersebut.

“Keyakinan tidak datang begitu sahaja. Apabila seseorang itu miskin dan kurang bernasib baik, kita tidak boleh memandang rendah dan berfikir mengapa mereka boleh hilang keyakinan dan berasa seperti dipandang rendah.

“Bukan mudah untuk mengatasi kehidupan yang kurang bernasib baik. Anda perlu terus bersama mereka sepanjang hidup mereka dan memberi mereka keyakinan diri,” kata Encik Tharman.

Justeru, beliau berkata amat penting bagi setiap seorang yang ingin membantu golongan yang susah untuk “mendapatkan kepercayaan mereka, menghormati mereka dan membantu mereka untuk memajukan diri” dan bukan sekadar “touch and go” atau membantu untuk seketika sahaja.


Beliau berkata demikian kepada media menyusuli lawatannya ke Pusat Makanan Amoy Street ketika waktu makan tengah hari pada Jumaat.

Beliau ditemani isterinya semasa mengagih risalah kempennya sambil beramah mesra dengan pelanggan dan peniaga.

Cuaca panas lagi membahang pada sekitar 12.45 tengah hari itu tidak menghalang segelintir pengunjung untuk beratur panjang untuk mengambil giliran bergambar dengan mantan Menteri Kanan itu.

Ketika ditanya mengenai komen pesaingnya, mantan ketua pegawai eksekutif (CEO) NTUC Income, Encik Tan Kin Lian, yang berkata pada pagi Jumaat bahawa rakyat Singapura mungkin lebih cenderung mempunyai seorang Presiden dan Wanita Pertama yang kededuanya dilahirkan di Singapura, Encik Tharman berkata beliau tidak ingin mengulas.

“Saya tidak ingin komen tentang kenyataan taktikal calon lain. Mereka akan keluarkan kenyataan taktikal mereka sendiri dan saya akan membiarkan rakyat Singapura untuk menilai saya.

“Ini bukan cara saya kerana saya ibarat “buku terbuka” dan semua orang kenal diri saya yang sebenar,” kata Encik Tharman.

Encik Tharman turut memberikan perhatian kepada kisah hidup Encik George Goh, yang tidak layak untuk bertanding bagi Pilihan Raya Presiden 2023, sebagai contoh yang baik dalam “kisah Singapura”.

“Beliau dilahirkan di Malaysia... bermula miskin, bekerja keras, datang ke Singapura dan dapat berjaya... Itulah kisah Singapura yang sebenar,” tambahnya.

Ketika ditanya mengenai bajet kempennya, Encik Tharman berkata ia memenuhi syarat dan keperluan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pilihan Raya (ELD).

“Perkara yang baik tentang Singapura ialah kita mempunyai, jika bukan yang paling ketat, antara salah satu peraturan paling ketat di dunia dalam membelanjakan wang dalam politik. Kita harus berpegang pada itu.

Beliau menambah dirinya mempunyai bajet yang rendah, dan membelanjakan “lebih sedikit” di media sosial berbanding calon lain. Ditanya bagaimana beliau berharap dapat lebih menonjolkan dirinya berbanding calon lain, Encik Tharman berkata:

“Saya bukan pendatang baru, saya merupakan seorang individu yang sudah dikenali. Apa yang anda lihat, itulah yang anda dapat,” tambahnya.

Pada Khamis, beliau bersama calon lain, mantan ketua pegawai pelaburan GIC, Encik Ng Kok Song dan Encik Tan, telah menyampaikan mesej kempen mereka sambil membentangkan rancangan mereka jika dipilih menyandang jawatan Presiden dalam siaran calon Presiden pertama di televisyen dan radio.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >