Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada warga S’pura terjejas dalam pengeboman di Turkey: MFA

Oct 03, 2023 | 05:19 PM



Tiada laporan menyatakan rakyat Singapura terjejas dengan pengeboman baru-baru ini di Ankara, Turkey berhampiran bangunan Kementerian Dalam Negeri Turkey, kata jurucakap Kementerian Ehwal Luar Negara (MFA) dalam satu kenyataan pada Selasa.

Insiden pada 1 Oktober itu mengakibatkan dua pegawai polis cedera.

Menteri Ehwal Dalam Negeri Turkey berkata pada Ahad bahawa seorang daripada dua pengganas yang melakukan serangan bom itu mati dalam letupan tersebut dan seorang lagi ditahan oleh pihak berkuasa di sana.

Singapura mengutuk pengeboman yang mengakibatkan kecederaan kepada dua pegawai polis. Pihak MFA melahirkan harapan agar mereka cepat sembuh.

Dalam pada itu, MFA menasihatkan rakyat Singapura di Turkey supaya berhati-hati, memantau berita tempatan, dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

“Warga Singapura yang melancong ke Turkey juga amat digalakkan mendaftar secara elektronik dengan MFA di https://eregister.mfa.gov.sg jika mereka belum berbuat demikian.

“Rakyat Singapura juga digalakkan membeli insurans perjalanan yang menyeluruh dan mengetahui terma dan syarat polisi mereka kerana memilih insurans perjalanan yang betul penting sekiranya situasi buruk yang tidak dijangka berlaku,” kata MFA.

Rakyat Singapura di Turkey yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan di Ankara, Konsulat Jeneral Kehormat di İstanbul, atau pegawai bertugas di Pejabat MFA 24 jam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >