Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tin Pei Ling tinggalkan Grab, sertai syarikat fintech

Aug 17, 2023 | 06:45 PM



Anggota Parlimen (AP) MacPherson, Cik Tin Pei Ling, akan meninggalkan syarikat Grab Singapore, kurang setahun selepas beliau dilantik menjalankan peranan pembangunan korporat di syarikat itu.

Dalam satu kiriman LinkedIn yang dimuat naiknya pada Khamis, Cik Tin berkata beliau akan menyertai syarikat fintech yang “mempunyai matlamat untuk menerajui kemajuan inovatif dalam industri pembayaran” mulai 1 Oktober.

“Saya akan memegang jawatan kepimpinan dalam bidang kerjasama strategik dan pembangunan perniagaan.


“Saya teruja kerana peranan baru ini akan memberikan saya peluang untuk menyokong usaha inovasi produk syarikat ini dan usahanya untuk meluaskan jangkauannya kepada pasaran Asia-Pasifik,” katanya.


Menurut akhbar The Straits Times, Cik Tin enggan mendedahkan nama syarikat tersebut atau sama ada ia syarikat setempat, serantau mahupun antarabangsa.


“Saya minta maaf, ini merupakan persetujuan saya dengan syarikat itu,” katanya sambil menambah bahawa beliau tidak dapat mendedahkan butiran lain.


Syarikat Grab telah mengeluarkan kenyataan mengesahkan bahawa Cik Tin meninggalkan syarikat itu.


“Kami mengesahkan bahawa Cik Tin Pei Ling akan meninggalkan Grab untuk peranan baru dalam kerjasama strategik dan pembangunan perniagaan.


“Kami beri sokongan penuh terhadap aspirasinya untuk memegang jawatan di barisan hadapan dan mengalu-alukan sokongannya terhadap inovasi teknologi di Singapura,” menurut kenyataan itu.


Cik Tin sebelum ini menarik perhatian ramai apabila beliau menyertai syarikat Grab pada Januari lalu sebagai pengarah ehwal dan dasar awam.


Selepas ramai mempersoalkan sama ada langkah tersebut akan menyebabkan konflik dengan peranannya sebagai AP, Grab memutuskan untuk memindahkannya kepada peranan pembangunan korporat pada Februari.


Menurut Grab, Cik Tin telah memberikan “sumbangan yang cukup bernilai di sini, menyokong projek dan pelaburan utama.”


Dalam kirimannya di LinkedIn pada 17 Ogos, Cik Tin berkata beliau telah meraih “pengalaman berharga” di Grab.


“Ia merupakan peluang bagi saya kembali ke sektor swasta, meluaskan pemandangan, meraih kemahiran baru dan ia juga memberi saya peluang menyumbang dengan cara berbeza,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >