Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TINGKAT KEMAHIRAN MELALUI SKILLSFUTURE

Iltizam pemuda dalami bidang runcit diiktiraf

Penolong pengurus butik terima anugerah SkillsFuture bernilai $5,000
Jul 26, 2016 | 05:30 AM



MINAT mendalam terhadap bidang runcit membara dalam diri Encik Mohammad Yazid Saidi, meskipun beliau mendapat pendidikan dalam bidang kejuruteraan.



Keinginan Penolong Pengurus Butik Ted Baker itu meningkatkan diri dan mendalami lagi bidang runcit itu cukup terserlah.



Bakatnya dapat dihidu majikan, RSH Limited, yang mencalonkan beliau bagi Anugerah Pembelajaran SkillsFuture Sektor Runcit.



Pencalonannya berjaya, lalu beliau mendapat anugerah bernilai $5,000 daripada Spring Singapore. Encik Yazid akan mengikuti Diploma Pengurusan Runcit di Institut Pembelajaran Runcit Singapura (SIRS) Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ) bulan depan.



Encik Yazid, 35 tahun, yang mempunyai kelayakan Nitec Tinggi dalam bidang Kejuruteraan Elektronik Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Dover, telah menceburi bidang runcit sejak 2004.



"Selepas Perkhidmatan Negara (NS), saya bekerja sambilan di butik pakaian secara suka-suka sahaja. Tetapi, saya mendapati saya begitu meminati bidang ini.



"Waktu kerja panjang dan perlu berdiri lama, namun atas sebab minat, ia tidak menjadi masalah,'' kata Encik Yazid.



Beliau menyertai Ted Baker di VivoCity pada 2006 sebagai pekerja runcit biasa. Beliau bertugas melayan pelanggan, memastikan ruang runcit bersih dan membantu mengemas stok yang baru masuk.



Sebagai pekerja, beliau sering memberikan yang terbaik.



Pernah seorang pelanggan begitu menyukai seutas jam yang dijual di Ted Baker, namun bekalan kehabisan.



Selepas kerja, beliau pergi ke sebuah kedai jam dan mendapati kedai itu menjual jam yang diingini pelanggan itu. Pelanggan itu begitu gembira sehingga menghantar surat pujian kepada majikan Encik Yazid.



Sikapnya yang pandai mengambil hati pelanggan dan dedikasi sebagai seorang pekerja telah diiktiraf majikan, yang sudah menaikkan pangkatnya sebanyak tiga kali.



Kini, Penolong Pengurus Butik itu bukan sahaja menguruskan sekumpulan pekerja, malah memberikan idea meningkatkan penjualan butik.



"Saya beruntung kerana telah mempelajari secara praktikal selok-belok bidang runcit. Namun, saya rasa perlu kita pelajari aspek teori agar lebih memahami tugas yang dilakukan.



"Pernah saya memberitahu majikan bahawa saya ingin belajar lagi dan bertuah kerana majikan memberikan sokongan dan mencalonkan nama saya bagi mendapat Anugerah Pembelajaran SkillsFuture,'' ujar Encik Yazid, yang masih bujang.



Beliau sudah bersiap sedia 'balik ke sekolah' apabila memulakan kursus setahun itu secara sambilan.



Dengan sokongan majikan, beliau dapat menyesuaikan jadual kerjanya bagi mengikuti diploma itu.



"Saya yakin diploma itu akan menjadikan saya lebih berkeyakinan serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran saya.



"Tentunya, ia akan membantu saya menyumbang balik dan memberikan yang terbaik untuk majikan saya. Harap-harap gaji pun akan meningkat,'' katanya seloroh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >