Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tinjauan Sukan SEA: Thailand diramal paling banyak pungut pingat

Jun 02, 2015 | 05:57 PM



SATU tinjauan mengenai Sukan SEA mendapati Thailand dijangka memenangi paling banyak pingat dalam sukan dwi-tahunan itu, manakala Singapura dan Indonesia masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.


Tinjauan sebuah firma kajian dalam talian YouGov itu melibatkan 6,000 orang dari Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina.


Ia dijalankan untuk mengetahui bagaimana rakyat di rantau ini mengikuti acara-acara dalam sukan tersebut.


Menurut tinjauan itu, sekitar 30 peratus yang ditinjau meramalkan Thailand akan menduduki tempat pertama dalam senarai negara paling banyak menerima pingat.


Singapura sebagai hos pula dijangka berada di tempat kedua dengan diikuti rapat oleh Indonesia.


Menonton televsiyen dan membaca laporan akhbar pula merupakan dua cara popular bagi orang ramai mengikuti perkembangan acara Sukan SEA itu, yang bakal bermula secara rasmi Jumaat ini.


Tinjauan YouGov itu mendapati sekitar 71 peratus yang ditinjau akan mengikuti perkembangan menerusi kaca TV manakala 48 peratus mendapatkannya dari surat khabar.


Mengenai acara sukan yang akan diikuti pula, kebanyakan yang ditinjau dari Malaysia (71 peratus) dan Indonesia (61 peratus) akan mengikuti perkembangan acara badminton.


Lebih separuh dari Singapura (51 peratus) pula akan mengikuti perkembangan acara renang; Vietnam (89 peratus) dan Thailand (62 peratus) bola sepak; dan Filipina (72 peratus) bola keranjang.


Tinjauan telah dijalankan dari 22 hingga 28 Mei lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >