Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tokoh korporat Shafie dilantik pengerusi eksekutif syarikat M'sia

Oct 06, 2022 | 05:30 AM



TOKOH korporat warga Singapura, Encik Shafie Shamsuddin, telah dilantik sebagai pengerusi eksekutif Kumpulan Siti Khadijah.



Encik Shafie, 52 tahun, merupakan tokoh korporat berpengalaman yang pernah menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) firma pasaraya Carrefour Singapura, Malaysia dan Indonesia.



Beliau juga pernah berpangkalan di Paris sebagai Pengarah Eksekutif Pengurusan Bakat Global dan Pembangunan Organisasi dalam Kumpulan Carrefour.



Jawatan terakhir beliau sebelum menyertai Kumpulan Siti Khadijah ialah sebagai CEO dan Pengarah Urusan AEON Co. (M) Berhad & AEON Big Sdn Bhd.



Siti Khadijah merupakan jenama produk dan keperluan Islamik di seberang Tambak dan beroperasi menerusi 43 butik di serata negara.



Syarikat itu bermatlamat membuka sehingga 53 butik menjelang akhir tahun ini.



Mengulas pelantikannya, Encik Shafie berkata ia memberinya peluang untuk menyumbang pengalaman kepada jenama Siti Khadijah yang berpotensi besar untuk berkembang sebagai sebuah syarikat berbilang negara.



"Saya suka dengan semangat dan tenaga Kumpulan Siti Khadijah (SKG) terutamanya semangat keusahawanan pengasasnya, Cik Padzillah Enda Sulaiman dan Encik Aminuddin Mohd Nasir yang sangat merendah hati dan ikhlas berkongsi kejayaan mereka dengan saya," ujar beliau dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan Kumpulan Siti Khadijah.



Ketua pegawai eksekutif syarikat tersebut, Encik Mohammad Munzir Aminuddin, berkata pelantikan pengerusi eksekutif itu selaras dengan strategi baru syarikat yang ingin memperkukuhkan kedudukan dan mengembangkan perniagaan Siti Khadijah sebagai pengeluar produk Islamik terunggul.



"Siti Khadijah memerlukan kepimpinan yang berpengalaman untuk memperkukuhkan kedudukan syarikat. Ini adalah masa yang sangat sesuai untuk melantik pengerusi kepada Kumpulan Siti Khadijah sejajar strategi pemasaran syarikat untuk mengembangkan sayap ke pasaran luar negara.



"Kami juga percaya dengan pengalaman yang beliau ada, dapat memacu kejayaan Siti Khadijah ke arah yang lebih cemerlang pada masa hadapan," tambah Encik Munzir.



Sepanjang kerjayanya, Encik Shafie telah diiktiraf menerusi pelbagai anugerah, antaranya Anugerah Jauhari Berita Harian Singapura pada 2010, Ketua Pegawai Eksekutif Luar Negara Terbaik, The Business Times Singapura pada 2016 dan Ketua Pegawai Eksekutif terbaik di Anugerah Runcit Asia ke-17 pada 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >