Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tren MRT baru dengan ruang, tingkap lebih besar

Jun 01, 2023 | 05:39 PM



PENUMPANG akan dapat menaiki kereta api baru dengan ciri seperti lebih banyak ruang terbuka dan tingkap besar di Laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat (NSEWL).

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Khamis berkata sebagai permulaan, 16 kereta api baru yang dibeli dari Alstom SA itu akan mula beroperasi secara berperingkat mulai Ahad.

Kereta api baru itu akan menggantikan generasi kereta api NSEWL paling awal yang ada di antaranya telah berkhidmat selama lebih 30 tahun.

Kesemua 106 kereta api baru itu akan dilancarkan secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun akan datang hingga hujung 2026, kata Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran, selepas melihat kereta api baru itu di Depoh Tuas.

Pada Khamis, LTA turut mengumumkan ia telah membeli enam kereta api baru untuk Laluan Timur Laut, dan 23 kereta api baru untuk Laluan Circle dari Alstom.

Kereta api itu bertujuan menambah kapasiti apabila lanjutan Laluan Timur Laut ke Punggol Coast dibuka pada 2024, dan Laluan Circle 6 yang mempunyai tiga stesen mula beroperasi pada 2026.

Encik Iswaran berkata kereta api NSEWL baru itu mempunyai ciri-ciri yang “benar-benar meningkatkan kebolehpercayaan dan keselesaan penumpang”.

Kabin kereta api itu direka bentuk dengan lebih banyak ruang terbuka.

Ia boleh memuatkan kerusi roda, basikal, kereta sorong dan tempat duduk bertenggek yang lebih selesa, yang memerlukan kurang ruang.

Dengan itu, ia dapat menempatkan lebih ramai penumpang dalam kereta api.

LTA berkata kereta api itu juga mempunyai tingkap lebih besar selebar 2.4 meter yang memberi penumpang pemandangan persekitaran lebih baik.

Dihiasi jalur hijau dan merah, kereta api itu – direka di Jerman dan dibuat serta dipasang di Changchun, China – juga mempunyai sistem paparan LCD di atas setiap pintu yang menyediakan maklumat laluan dan stesen secara terperinci.

Selain ciri mesra penumpang, kereta api baru itu mempunyai sistem ujian kendiri yang secara automatik memeriksa sama ada ia sesuai untuk beroperasi sebelum perkhidmatan bermula.

LTA telah membeli 66 daripada 106 kereta api baru itu dalam satu perjanjian bernilai $1.2 bilion pada 2018 untuk menggantikan kereta api Kawasaki NSEWL generasi pertama.

Ia telah beroperasi sejak dua laluan MRT itu dibuka pada 1987.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >