Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tumpuan baru SGSecure dekati masyarakat, belia untuk atasi ancaman pengganasan

Hanya separuh di S’pura percaya negara ini jadi sasaran: Tinjauan MHA
Jul 28, 2023 | 06:25 PM



Fasa seterusnya pergerakan SGSecure akan memberi tumpuan kepada tiga bidang – mobilisasi masyarakat, memperkukuh kerjasama dalam masyarakat, serta mendekati golongan belia.

Pelbagai inisiatif akan diadakan dengan tujuan menggesa rakyat Singapura untuk memperdalam perpaduan sosial, serta memainkan peranan aktif dalam melindungi masyarakat daripada pengganasan dan ekstremisme.

Ini sedang hanya sekitar separuh di Singapura yang percaya negara ini menjadi sasaran serangan pengganas, menurut satu tinjauan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) baru-baru ini, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam pada Jumaat.

“Sekiranya terdapat serangan pengganasan, ia boleh memperdalam ketidakpercayaan antara rakyat dan mewujudkan iklim ketakutan.

“Ini adalah salah satu sebab mengapa kami mengambil perkara ini dengan serius. Tetapi, kami tidak boleh melakukannya bersendirian. Kami perlukan bantuan masyarakat,” kata Encik Shanmugam semasa berucap di Persidangan Masyarakat SGSecure yang diadakan di The Star Gallery.

SGSecure kali pertama dilancarkan pada 2016 untuk memastikan Singapura berwaspada terhadap ancaman pengganas, kekal bersatu sebagai masyarakat berbilang kaum dan agama, dan teguh sebagai satu rakyat dalam berdepan dengan krisis.

Menurut Pengarah Pejabat Program SGSecure, Encik Edwin Tan, fasa baru SGSecure terdiri daripada tiga bidang tumpuan - mobilisasi masyarakat, memperkukuh kerjasama masyarakat, dan mendekati golongan belia.

Untuk mobilisasi masyarakat, SGSecure akan mendekati rakyat Singapura menerusi acara sukan, jerayawara atau pameran bergerak, webinar dan lawatan rumah bagi meningkatkan kesedaran tentang keganasan dan merekrut sukarelawan ke dalam rangkaian SGSecure.

“Setakat ini, kami mempunyai lebih 140,000 sukarelawan SGSecure. Kami mahu lebih ramai untuk menyertai supaya kami boleh komited untuk mengambil tindakan untuk terus bersatu dan berwaspada,” kata Encik Tan.

Di samping itu, SGSecure juga bekerjasama dengan rakan kongsi untuk terus membangunkan pelbagai program.

Misalnya, Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Persatuan Rakyat (PA) akan terus mengembangkan sebuah inisiatif yang menguji kesediaan seluruh negara menghadapi krisis. Ia bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama antara pelbagai pihak berkepentingan utama dalam satu kawasan.

Encik Shanmugam juga menegaskan terdapat trend yang membimbangkan tentang radikalisasi belia.

“Sebelum 2014, individu paling muda menjadi radikal sendiri yang ditahan berumur 20 tahun. Sejak 2015 hingga sekarang, individu paling muda yang ditahan ialah 15 tahun… Mereka semakin muda,” tambah Encik Shanmugam.

Untuk menangani kebimbangan itu, SGSecure akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (MOE) untuk mengadakan ceramah dan latihan ‘lockdown’ di sekolah supaya murid-murid akan lebih peka dan bersedia.

Tambahan, mulai September ini, SGSecure akan melancarkan siri baru jerayawara di kawasan kejiranan dan pusat membeli-belah yang melibatkan elemen interaktif untuk mendekati golongan belia.

Turut hadir di acara semalam ialah Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua (Perdagangan dan Perusahaan), Dr Tan See Leng; Menteri Negara Kanan (Pertahanan) Encik Heng Chee How; Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim; dan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >