Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAHAS BELANJAWAN - KEMENTERIAN KESIHATAN

Usaha sokong wanita bantu anak capai kesihatan baik sejak kecil

Masagos ketuai pasukan bertindak antara agensi baru bangunkan strategi kesihatan, kesejahteraan kanak-kanak dan ibu
Mar 06, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH pasukan bertindak antara agensi baru telah dibentuk untuk memastikan terdapat sokongan menyeluruh bagi kaum wanita membantu anak mereka mencapai tahap kesihatan dan kesejahteraan baik sejak usia kecil.



Menteri Kedua Kesihatan Masagos Zulkifli Masagos Mohamad mengumumkan demikian semasa perbahasan belanjawan Kementerian Kesihatan (MOH) di Parlimen semalam.



Encik Masagos berkata kajian tempatan Gusto, atau Membesar di Singapura Ke Arah Kesihatan, menunjukkan kesihatan ibu boleh mempengaruhi pembangunan anak secara langsung.



"Dapatan ini menekankan pentingnya langkah campur tangan awal untuk mengelakkan kekurangan yang dialami menjadi semakin besar dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembangunan jangka panjang anak," kata beliau, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga serta Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.



Beliau akan mempengerusikan pasukan bertindak itu, yang akan meninjau pembangunan dan pelaksanaan Strategi Kesihatan dan Kesejahteraan Kanak-kanak dan Ibu sepanjang lima tahun.



"Skopnya akan merangkumi dari sebelum wanita itu hamil hingga bayi yang dilahirkan mencapai usia 18 tahun, dengan banyak detik pembangunan penting berlaku sepanjang tempoh itu.



"Ini sebahagian usaha lebih luas kita untuk meningkatkan kesihatan penduduk dengan menangani keperluan kesihatan individu dan faktor risiko yang boleh diubah, melebihi bidang penjagaan kesihatan," ujar Encik Masagos.



Pasukan bertindak itu akan menyatukan pelbagai agensi, termasuk Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (Ecda), Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), Kementerian Pendidikan (MOE), Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Pejabat Perdana Menteri (PMO), dan kelompok penjagaan kesihatan awam.



Encik Masagos berkata pasukan bertindak itu telah mula mendekati pelbagai kumpulan ibu bapa dan pihak berkepentingan untuk memahami dengan lebih baik cabaran mereka memupuk gaya hidup sihat bagi anak mereka dan memanfaatkan khidmat tersedia.



Bagi memenuhi keperluan warga emas dengan lebih baik, Encik Masagos berkata pemerintah akan juga mengemas kini Pelan Tindakan Penuaan Dengan Berjaya.



Usaha yang dilancarkan pada 2015 itu antara lain menyumbang kepada langkah menaikkan usia persaraan, usaha melancarkan Pakej Generasi Perintis dan Merdeka, serta menyediakan peluang buat warga emas belajar dan melakukan kerja sukarela.



"Banyak kemajuan telah dicapai dalam pelbagai bentuk... tetapi pelan ini harus diteruskan dan berubah untuk memenuhi keperluan dan aspirasi warga emas kita sekarang dan pada masa depan," ujar Encik Masagos.




"Skopnya (pasukan bertindak baru) akan merangkumi dari sebelum wanita itu hamil hingga bayi yang dilahirkan mencapai usia 18 tahun, dengan banyak detik pembangunan penting berlaku sepanjang tempoh itu. Ini sebahagian usaha lebih luas kita untuk meningkatkan kesihatan penduduk dengan menangani keperluan kesihatan individu dan faktor risiko yang boleh diubah, melebihi bidang penjagaan kesihatan."
- Menteri Kedua Kesihatan Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >