Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga SG kini boleh guna IC untuk dapat Baucar Teroka Semula Singapura

Aug 31, 2021 | 05:30 AM



WARGA Singapura boleh menggunakan kad pengenalan (NRIC) mereka untuk mendapatkan Baucar Teroka Semula Singapura (SRV) mulai semalam.



Mereka juga boleh menggunakan dokumen pengenalan Perkhidmatan Negara atau pasport Singapura sebagai bukti identiti bagi mendapatkan baucar itu, kata Lembaga Pelancongan Singapura (STB).



Ini setelah agensi itu menerima maklum balas daripada orang awam bahawa proses memanfaatkan baucar itu secara digital adalah sukar bagi golongan yang kurang mahir teknologi dan warga emas.



STB menerangkan: "STB sebelum ini telah menyemak proses pengambilan baucar itu bersama lima rakan tempahan SRV kami yang sah setelah mendapat maklum balas daripada warga mengenai cara memperbaiki skim itu."



Ia menambah, kaedah baru itu akan melengkapkan kaedah sedia ada iaitu menggunakan SingPass untuk memanfaatkan baucar itu, sekali gus memudahkan warga yang tidak dapat mengakses akaun SingPass mereka.



Orang ramai boleh mengambil baucar mereka itu dengan menggunakan dokumen pengenalan asli di sebanyak 34 kelab atau pusat masyarakat (CC) dan pusat jawatankuasa penduduk (RC) di seluruh Singapura.



Ini termasuk CC Bedok, Jalan Besar, Taman Jurong dan RC Zon 4 Chong Pang.



Di kaunter tempahan, dokumen pengenalan akan diimbas menggunakan aplikasi pemerintah yang selamat untuk menghasilkan kod baucar peribadi.



Kakitangan daripada rakan tempahan yang sah akan menggunakan kod tersebut untuk membantu individu membuat tempahan mereka.



Oleh itu, STB berkata ia menggalakkan orang ramai agar memilih produk untuk membelanjakan baucar itu serta tarikh dan masa bagi kegiatan atau lawatan yang diinginkan sebelum mengunjungi kaunter tempahan.



Selain 34 lokasi dengan kaunter tempahan ini, STB juga akan bekerjasama dengan Persatuan Rakyat untuk menubuhkan gerai sementara di pusat CC dan RC lain.



Orang ramai akan berpeluang untuk mendapatkan baucar mereka di gerai sementara itu kelak.



Maklumat lanjut mengenai lokasi dan waktu pembukaannya akan diberikan kemudian.



Memberi kemas kini mengenai penggunaan skim itu, STB berkata sejak 1 Ogos lalu lebih sejuta warga dewasa Singapura telah menggunakan baucar itu sekurang-kurangnya sekali dalam lebih 1.4 transaksi yang melibatkan baucar dan pembayaran wang tunai bernilai $168 juta dalam tempahan pelancongan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >