Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga S'pura bebas daripada tuduhan tangkap ikan secara haram di Bintan

Jul 13, 2016 | 08:54 AM



JAKARTA: Seorang kapten bot Singapura yang ditangkap menceroboh di perairan Indonesia dan didakwa menangkap ikan secara haram telah dibebaskan, selepas sebuah mahkamah daerah tempatan mendapati bukti tidak mencukupi.



Pendakwa raya Indonesia menuntut Encik Choo Chiau Huat dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda 1.5 bilion rupiah ($154,000) dan botnya dimusnahkan.



Namun Hakim Jhonson Erson Fredy Siraitsaid berkata semasa perbicaraan mahkamah pada Isnin (11 Jul) di Tanjung Pinang bahawa tidak ada cukup bukti untuk mendapati Encik Choo bersalah, dan beliau "seorang yang bebas".



Encik Choo mempunyai tujuh penumpang warga Singapura dan enam rakyat Malaysia di atas botnya apabila bot itu ditahan pada 16 April di perairan Tanjung Berakit, di luar pulau Bintan. Semua penumpang dihantar pulang kira-kira seminggu selepas mereka ditangkap.



Pendakwa di Tanjung Pinang, Encik Yuri Prasetyo, sebelum ini memberitahu akhbar The Straits Times beliau mahukan hukuman maksimum penjara lapan tahun di bawah Undang-Undang Perikanan 2004. Pejabat Peguam Negara di Jakarta mengurangan permintaan itu kepada hukuman penjara dua tahun.



Peguam Encik Choo, Encik Herman Black, berhujah bukan semua kapal asing yang menceroboh di perairan Indonesia terlibat dalam penangkapan ikan secara haram.



Beliau sebelum ini berhujah bahawa kes Encik Choo adalah kes pencerobohan berkaitan pelancongan biasa. Anak guamnya membawa pelancong untuk kegiatan memancing rekreasi di perairan Singapura, tetapi bot beliau terhanyut ke perairan Indonesia, ujarnya.



Pihak berkuasa merampas hanya 20 ikan kesemuanya sebagai bukti, kata Encik Black, sambil menyimpulkan setiap orang di atas bot itu hanya menangkap satu atau dua ekor ikan sahaja.



Encik Yuri berkata beliau akan merayu terhadap keputusan tersebut dan arahan agar Encik Choo dibebaskan untuk pulang ke Singapura.



Membebaskan Encik Choo akan mengganggu proses undang-undang, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >