Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

17% belia pernah dibuli ketika bermain permainan dalam talian: Tinjauan MCI

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

17% belia pernah dibuli ketika bermain permainan dalam talian: Tinjauan MCI

Feb 13, 2024 | 04:07 PM



Seramai 17 peratus belia berusia antara 13 dengan 18 tahun pernah dibuli ketika bermain dalam talian daripada pemain lain.

Namun, daripada jumlah tersebut, hampir separuh atau 48 peratus tidak mengambil sebarang tindakan dan hanya segelintir, iaitu 8 peratus, berkongsi pengalaman tersebut dengan ibu bapa mereka.

Sekitar 38 peratus belia berusia 13 hingga 18 tahun pernah atau kerap melihat kata-kata kesat dan kandungan ganas dalam permainan dalam talian.

Mereka yang main permainan menembak lebih berkemungkinan menemui kedua-dua jenis kandungan berbahaya tersebut.

Demikian antara dapatan tinjauan yang dilakukan dari Oktober 2022 hingga Februari 2023 melibatkan 810 belia warga Singapura berumur 10 hingga 18 tahun dan ibu bapa mereka.

Belia yang bermain dalam talian atau permainan video sekurang-kurangnya sekali sebulan telah ditinjau.

Tinjauan tersebut dilakukan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) untuk lebih memahami tabiat permainan belia dan kesedaran serta usaha ibu bapa mereka untuk menguruskan kesan permainan terhadap kesejahteraan anak mereka.

Dalam tinjauan tersebut, 47 peratus responden berkata mereka bermain permainan dalam talian setiap hari dan kebanyakan mereka bermain lebih dua jam setiap kali.

Walaupun majoriti responden atau 64 peratus tidak pernah atau jarang bermain permainan dalam talian dengan orang yang tidak dikenali, sekitar satu pertiga daripada mereka atau 36 peratus responden kadangkala atau kerap bermain permainan dengan orang yang tidak dikenali.

Sekitar 14 peratus juga pernah mendekati orang yang tidak dikenali di luar permainan dalam talian itu sendiri. Ini dilakukan sama ada dengan mengadakan perbualan mengenai perkara tidak berkaitan permainan; berkongsi maklumat peribadi; atau berjumpa secara fizikal dengan orang tidak dikenali itu.

Tingkah laku sedemikian menimbulkan risiko potensi pendedahan kepada pemangsa dewasa dan penipuan dalam talian, kata MCI.

Ibu bapa yang ditinjau kebanyakannya didapati mempunyai tahap kesedaran rendah tentang aktiviti permainan anak mereka.

Hanya 48 peratus mereka boleh memberikan anggaran tepat tentang jumlah masa yang dihabiskan anak mereka bermain permainan.

Hanya 31 peratus ibu bapa tahu sepenuhnya siapa teman permainan anak mereka sementara 25 peratus tidak tahu langsung siapa teman permainan anak mereka.

Ibu bapa yang mengambil berat tentang tabiat permainan anak mereka lebih berkemungkinan mengurus aktiviti permainan anak mereka secara aktif, termasuk menetapkan had masa permainan (54 peratus) dan menggunakan alat kawalan ibu bapa (22 peratus).

Bagaimanapun, bagi belia yang ibu bapanya menetapkan had masa bermain, seramai 24 peratus akur berbohong kepada ibu bapa tentang jumlah sebenar masa yang dihabiskan untuk bermain.

Ini menunjukkan bahawa sekatan pada masa permainan sahaja tidak mencukupi untuk menguruskan aktiviti permainan belia dan lebih banyak perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran tentang potensi risiko dan bahaya yang berkaitan dengan permainan dalam talian serta menggalak belia membuat keputusan yang lebih baik tentang tabiat permainan mereka, tekan MCI.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >