Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Sumber baru bantu ibu bapa bimbing anak dalam talian

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sumber baru bantu ibu bapa bimbing anak dalam talian

Feb 13, 2024 | 05:24 PM



Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) akan menghasilkan bahan mudah difahami untuk menyokong ibu bapa membimbing anak mereka mengemudi dunia dalam talian dengan lebih selamat dan bertanggungjawab.

Sumber-sumber ini akan dikeluarkan secara bertahap di portal Digital for Life (DfL) https://www.digitalforlife.gov.sg/parent; laman web Families for Life Parenting Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) iaitu portal maklumat keibubapaan untuk bakal ibu bapa, ibu bapa yang mempunyai anak berumur 0 hingga 12 tahun dan penjaga kanak-kanak ini; serta Parents Gateway Kementerian Pendidikan (MOE) iaitu portal sehenti yang mengukuhkan perkongsian antara sekolah dengan rumah untuk menyokong perjalanan pendidikan para murid, bermula Februari 2024.

Sumber tersebut disusun mengikut umur dan pencapaian digital kanak-kanak, seperti apabila anak itu mendapat telefon bijak pertama, membuka akaun media sosial atau mula bermain dalam talian.

Contoh topik yang diketengahkan termasuk mengurus penggunaan skrin kanak-kanak, memupuk tabiat dalam talian yang sihat dan melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, seperti pembulian siber dan asuhan seksual dalam talian.

Sebagai tambahan kepada sumber pendidikan baru itu, rakan kongsi DfL juga akan mengadakan bengkel, webinar dan aktiviti keluarga untuk memastikan ibu bapa dilengkapi dengan pengetahuan untuk membimbing anak-anak menjadi pengguna teknologi digital yang yakin dan bertanggungjawab.

Sumber dan inisiatif baru untuk menyokong ibu bapa itu telah diumumkan Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, di sesi pendekatan awam di Perpustakaan Negara pada 13 Februari, sebagai menyokong Hari Internet Selamat 2024.

Sesi itu dihadiri lebih 50 peserta, termasuk ahli akademik, anggota masyarakat dan rakan industri, guru, ibu bapa serta belia.

Para peserta membincangkan penemuan daripada tinjauan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) tentang tabiat permainan belia dan kesedaran serta usaha ibu bapa untuk menguruskan kesan terhadap kesejahteraan anak mereka.

Para peserta juga memikirkan cara rakan kongsi masyarakat, swasta dan awam boleh bekerjasama untuk menggalakkan kesejahteraan digital.

Sumber dan inisiatif baru itu merupakan tambahan kepada usaha sedia ada seperti yang dilakukan Majlis Celik Media (MLC) yang telah menghasilkan sumber pendidikan supaya dapat melengkapkan ibu bapa dengan pengetahuan dan alat untuk memastikan anak-anak mereka selamat dalam talian, dan membimbing mereka menjadi pengguna teknologi digital yang bertanggungjawab.

Sebelum ini juga, MCI telah bekerjasama dengan syarikat seperti Google, Meta, ByteDance dan X untuk melancarkan Kit Digital Keselamatan Dalam Talian bagi Ibu Bapa pada Mac 2023.

Kit tersebut mengesyorkan kawalan ibu bapa, alat privasi dan pelaporan serta sumber bantuan kendiri bagi individu dan ibu bapa mengurus keselamatan diri sendiri atau anak mereka dalam talian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >