Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

8 sukarelawan Palang Merah S’pura ke Mesir bagi misi kemanusiaan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

8 sukarelawan Palang Merah S’pura ke Mesir bagi misi kemanusiaan

Apr 24, 2024 | 06:17 PM



Buat julung-julung kalinya, Palang Merah Singapura (SRC) telah mengerahkan sepasukan lapan sukarelawan mereka ke Kahirah, Mesir, dari 22 hingga 28 April sebagai sebahagian daripada operasi bantuan berterusannya bagi menyokong mereka yang terjejas dengan krisis di Gaza.

Sukarelawan ini merupakan sebahagian daripada bantuan ketiga dan yang terbaru SRC yang bernilai AS$600,000 ($815,000) secara keseluruhan.

Ini termasuk untuk menyediakan sokongan makanan panas melalui dapur kemanusiaan kecemasan dan penghantaran bungkusan makanan, serta perolehan bekalan perubatan. 

SRC juga telah mengerahkan seorang penyelaras operasi sukarelawan di Kahirah untuk tempoh sekitar satu hingga dua bulan bagi mengawasi penyelarasan operasi badan itu di situ, kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan media pada 24 April.

Ini merupakan kali kedua SRC menempatkan seorang penyelaras operasi di Mesir untuk memastikan usaha bantuan kemanusiaan mereka dapat berjalan dengan baik.

Pada Oktober hingga November 2023, SRC telah menempatkan seorang kakitangan mereka bagi membantu menyelaraskan sokongan pertama SRC bernilai AS$200,000.

Menurut SRC, penyelaras operasi sukarelawan jangka panjang ini akan membantu mengawasi dan memberikan perkembangan terkini serta mempengaruhi usaha tindak balas SRC di masa hadapan.

Beliau juga akan menyelaras penempatan pasukan lapan sukarelawan SRC lain yang kini berada di Mesir bersamanya.

Sepanjang tempoh mereka berada di sana, pasukan tersebut akan terlibat dalam mendapatkan bekalan makanan, membungkus bungkusan makanan serta menyediakan barangan bantuan lain untuk ke Gaza.

Jika diberi peluang, sukarelawan ini juga boleh mengambil bahagian dalam program dan operasi anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir (ERC) untuk Gaza, termasuk melibatkan diri dalam usaha Dapur Kemanusiaan Kecemasan, serta inisiatif kemanusiaan lain di Mesir bagi membantu mangsa Gaza. 

Sukarelawan ini, yang berusia antara 27 tahun hingga sekitar 50 tahun, telah menjalani latihan tindak balas bencana yang menyeluruh sebelum memulakan misi mereka, kata Setiausaha Agung dan Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Encik Benjamin William, semasa taklimat kepada media pada 24 April.

Menerusi latihan tersebut, ia diharapkan dapat membekalkan kumpulan sukarelawan itu dengan “asas yang luas supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan situasi yang berbeza,” tambahnya.

Salah satu latihan utama yang perlu dilalui sukarelawan termasuk Latihan Penerapan Bencana Luar Negara yang berlangsung selama lapan hari.

Sukarelawan perlu melalui senario bencana yang berbeza seperti gempa bumi, banjir dan zon konflik, antara lain.

“Tidak kira berapa tahun anda terlibat dalam usaha membantu mangsa bencana, setiap bencana mempunyai cabaran yang berbeza.

“Kami perlu menyediakan sukarelawan kami untuk menghadapi ketidakpastian ini. Oleh itu, anda memerlukan, dalam pasukan, orang yang boleh membuat keputusan dengan pantas.

“Dan pada masa yang sama, anda memerlukan orang yang pandai berfikir, terutama dalam mengendalikan keperluan logistik, penyelesaian air dan sanitasi,” kata Encik William.

Beliau menambah bahawa SRC sedang mempertimbangkan kepentingan menyertakan elemen sokongan psikososial, kesejahteraan mental dalam latihannya. 

Encik William turut berkongsi bahawa ERC telah meluahkan hasrat agar SRC membantu memperoleh barangan sebelum menyerahkannya kepada mereka.

Menerusi kaedah ini, Encik William berkata, ia membolehkan SRC memaksimumkan sumbangan derma yang mereka terima. 

“Sukarelawan kami berada di lapangan telah bertemu pembekal dan mendapatkan barangan ini dan menyerahkannya kepada wakil Mesir.

“Jadi tidak ada yang rugi dalam pentadbiran dan transaksi pihak ketiga. Jadi itu satu perkara yang sangat bagus.

“Ini adalah model yang kami mahu terus gunakan. Sekiranya kami mempunyai bantuan seterusnya, kami juga akan mengerahkan pasukan sukarelawan,” ujar beliau lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >