Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Bajet 2024: NTUC seru sokongan bagi golongan hilang kerja, pengasuh

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Bajet 2024: NTUC seru sokongan bagi golongan hilang kerja, pengasuh

Feb 06, 2024 | 06:38 PM



Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) melahirkan harapan agar lebih banyak sokongan diberikan kepada golongan yang telah hilang pekerjaan, serta pengasuh dalam Belanjawan 2024 walaupun Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (Snef) meminta pemerintah supaya berkongsi kos dan risiko.

“Ia akan menjadi tahun yang sukar untuk kalangan pekerja. Kami sudah mula melihat tanda-tanda, terutama dengan angka pemberhentian pekerja meningkat dua kali ganda dan pertumbuhan gaji tidak berubah atau malah merosot,” kata Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng.

Kedua-dua pekerja dan perniagaan bimbang tentang prospek ekonomi untuk 2024, kata Encik Ng dan Presiden Snef, Dr Robert Yap, semasa satu sesi media pada 6 Februari.

Kebimbangan yang meningkat dalam kalangan pekerja itu tertumpu kepada jaminan pekerjaan.

Dalam tinjauan NTUC yang dijalankan antara Disember 2023 dengan Januari 2024, hampir 40 peratus responden merasakan mereka mungkin kehilangan pekerjaan atau kontrak mereka tidak diperbaharui dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Ini hampir dua kali ganda jumlah responden yang merasakan demikian dalam tinjauan tahun sebelumnya, dengan hanya satu perempat merasakan mereka mungkin kehilangan pekerjaan, kata NTUC.

Tinjauan itu melibatkan hampir 2,000 pekerja merentasi kumpulan umur berbeza.

Encik Ng menjangkakan lebih banyak pemberhentian pekerjaan pada 2024 berbanding 2023, berikutan langkah penstrukturan semula yang dirancang oleh perniagaan.

Namun, Dr Yap berkata itu tidak semestinya tidak baik.

“Sesetengah pemberhentian pekerjaan boleh merupakan pemberhentian positif, kerana anda perlu benar-benar menggegarkan industri bagi memastikan bahawa mereka lebih produktif,” jelasnya.

Namun begitu, faham dengan kebimbangan pekerja, Snef menggalakkan majikan supaya berunding dengan rakan kongsi tiga pihak secara proaktif untuk melihat bagaimana kebimbangan tersebut boleh dikurangkan, tambah Dr Yap.

Untuk Belanjawan 2024, Encik Ng memperbaharui seruan NTUC supaya sokongan lebih besar diberikan kepada golongan yang telah hilang pekerjaan.

Pemerintah telah menyatakan bahawa butiran mengenai skim sokongan penggajian semula yang telah lama dibincangkan akan dimasukkan dalam Belanjawan 2024.

Pergerakan buruh juga berharap dapat bekerjasama dengan pemerintah untuk mendapatkan lebih ramai majikan menggunakan aturan kerja yang fleksibel demi menggalakkan lebih ramai pengasuh kembali ke pasaran kerja.

NTUC, khususnya, menyeru lebih banyak syarikat memperkenalkan cuti jagaan berbayar, yang kali pertama dicadangkan pada September 2023.

“NTUC akan terus meminta cuti jagaan, terutama bagi syarikat yang mempunyai prestasi baik dan pertubuhan yang mampu berbuat demikian, bagi memberi ruang kepada pengasuh supaya mereka mempunyai keupayaan mencari rezeki... sambil memikul tanggungjawab keluarga,” kata Encik Ng.

Walaupun kira-kira 20 peratus perniagaan telah memperkenalkan cuti jagaan secara sukarela, NTUC berharap dapat melakukan lebih banyak lagi untuk meningkatkan jumlah itu, kata Encik Ng.

Dari segi latihan semula pula, Encik Ng berkata pemerintah boleh mempertimbangkan penambahan kepada kredit SkillsFuture untuk menyokong pekerja meningkatkan kemahiran dengan lebih baik.

Sementara itu, Snef melahirkan harapan pemerintah dapat berkongsi lebih banyak kos dan risiko dengan majikan, kata Dr Yap.

Ini adalah untuk menyokong penggunaan pengaturan kerja yang lebih fleksibel dan juga bagi usaha transformasi.

“Ia bukan mengenai jumlah geran tetapi keberkesanan geran itu,” katanya.

Dr Yap menggunakan Program Penukaran Kerjaya (CCP) sebagai contoh, yang memberi subsidi kepada gaji dan yuran kursus pekerja pertengahan kerjaya semasa mereka melatih semula pekerjaan atau sektor baru.

“Kita harus melihat bagaimana pemerintah boleh bersikap lebih berani sama ada berkongsi risiko atau mengurangkan risiko supaya tanggungjawab itu tidak jatuh kepada majikan. Jika tidak, kadar pengambilan tidak begitu baik dan transformasi kami tidak akan sepantas,” jelas Dr Yap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >