Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Biasiswa baru bagi mahasiswa dari madrasah ceburi bidang kewangan Islam, kaunseling

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Biasiswa baru bagi mahasiswa dari madrasah ceburi bidang kewangan Islam, kaunseling

Mar 03, 2024 | 07:55 PM



Satu biasiswa baru bagi pelajar madrasah yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian, kewangan dan pendidikan Islam serta kaunseling peringkat mahasiswa telah dilancar Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) pada 3 Mac.

Biasiswa itu, yang dinamakan atas sumbangan salah seorang ulama pengasas Pergas, Allahyarham Ustaz Ahmad Sonhadji akan dibuka bagi permohonan pada Mei hingga Jun 2024 bagi pelajar yang berhasrat menceburi bidang tersebut serta telah memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran mereka.

Berita Harian (BH) diberitahu, Pergas akan memperuntuk sebanyak $30,000 setiap tahun bagi menyokong biasiswa tersebut.


Daya usaha itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pergas, Ustazah Nurdiana Hanim Abdul Rahman, di acara Gema Kesyukuran, anjuran Pergas pada 3 Mac di sebuah dewan acara di Gardens by The Bay.

Terdahulu, Pergas sejak kian lamanya telah menawarkan biasiswa serta geran pembelajaran bagi peringkat possiswazah.

Ustazah Nurdiana dalam ucapannya di acara itu berkata biasiswa tersebut menandakan satu orak langkah baru bagi tawaran Anugerah Biasiswa dan Dermasiswa Pergas yang ditumpukan kepada bekas pelajar madrasah yang mahu melanjutkan pengajian mereka dalam bidang tersebut di peringkat mahasiswa sepenuh masa.

“Biasiswa mahasiswa berprestij ini dinamakan atas ulama pengasas Pergas, Allahyarham Ustaz Ahmad Sonhadji yang terkenal atas peringatan dan penulisannya yang mapan,” katanya.

“Sumbangan serta kepimpinannya telah membolehkan Pergas meneruskan usahanya dalam mengekalkan warisan lisan asatizah kami yang kaya,” tambahnya sambil mengucapkan terima kasih terhadap keluarga arwah kerana mengizinkan penggunaan namanya bagi biasiswa itu.

Selain biasiswa itu, Ustazah Nurdiana berkata Pergas juga melancarkan Pusat Pembangunan dan Kepimpinan Pergas, dipanggil Cradle yang terletak di bangunan Pergas.

Pusat itu memainkan peranan dengan menggabungkan semua cabang program dan unit pembangunan asatizah Pergas sebagai sebuah pusat sehenti yang akan menawarkan khidmat menyeluruh, katanya.

“Cradle akan menjadi titik tumpuan sebuah ekosistem yang menyeluruh bagi asatizah dengan matlamat, menjalin perhubungan strategik, memupuk daya saing serta bagi membina keupayaan dan kemahiran bagi asatizah,” katanya.

Beliau juga berkata pusat itu menerima sokongan daripada pertubuhan lain seperti Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Jawatankuasa Asatizah Masa Depan (Cofa), Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), badan-badan Melayu/Islam setempat serta pasukan asatizah di sini.

“Cradle akan terus mempertingkat kerja serta asas yang telah dibangunkan ahli-ahli perintis pasukan kepimpinan keagamaan kami,” ujarnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >