Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Dana diperlukan bagi kerja penyelenggaraan bangunan Al-Ma’arif

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dana diperlukan bagi kerja penyelenggaraan bangunan Al-Ma’arif

Madrasah Al-Ma’arif perlukan dana hampir $2 juta bagi tahun 2024–2025 untuk tampung kos keperluan dan prasarana
Apr 05, 2024 | 05:30 AM



Dibina pada 1936, Madrasah Al-Ma’arif Al-Islamiah telah melahirkan ramai ilmuwan dan cendekiawan wanita unggul sejak berdekad lamanya. Hampir berusia 90 tahun pada 2026, bangunan Madrasah Al-Ma’arif yang terletak di No 3 Lorong 39 Geylang ini sudah menjangkau usia hampir 18 tahun dan perlu diubah suai demi keselesaan pelajar dan kakitangannya.

Menurut Pegawai Pengumpulan Dana Madrasah Al-Ma’arif, Cik Siti Radhiyah Rahmat, pihaknya memerlukan dana hampir $2 juta bagi tahun 2024–2025 untuk menampung segala kos, keperluan dan prasarana madrasah tersebut.

“Dana $2 juta ini khusus untuk kos operasi seperti membayar bil api air, membaiki kerosakan dan baik pulih prasarana bangunan dan menyediakan keperluan lain dalam pembelajaran. Selaras dengan daya usaha pemerintah mengenai kenaikan gaji secara progresif, madrasah ini juga berharap dengan sokongan masyarakat usaha murni ini dapat direalisasikan dengan segera,” kata Cik Siti Radhiyah.

Selain itu, sepanjang Ramadan ini, pihaknya gigih menjalankan pungutan derma di beberapa masjid tertentu, bermula selepas isyak sehingga selepas solat tarawih. Antara masjid yang terpilih ialah Masjid Alkaff Kampung Melayu pada 15 Mac, Masjid Kassim dan Masjid Kampung Siglap pada 1 April, dan kutipan yang telah dijalankan ialah di Masjid Darul Ghufran di Tampines Avenue 5 pada 4 April (semalam).

Dengan ketibaan Syawal ini, Madrasah Al-Ma’arif turut menjual sampul duit Raya berharga $15 untuk tiga paket (setiap paket mengandungi10 keping). Madrasah ini juga menerima sumbangan bagi zakat harta, wakaf dan derma.

“Kami sangat berharap pada bulan Ramadan ini, khususnya 10 malam terakhir ini, lebih banyak lagi sumbangan yang diberikan oleh masyarakat Islam di sini. Ini bagi merealisasikan impian pelajar-pelajar kami, dan mereka akan terus bersemangat untuk maju serta mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

“Semoga kita bertemu lagi pada bulan Ramadan yang akan datang. Dan kita semua terus berlumba-lumba, mengejar amalan pada 10 malam terakhir ini, seolah-olah kita tidak bertemu lagi bulan penuh bermakna ini pada masa akan datang. Moga Allah swt mengampunkan segala dosa-dosa dan melipatgandakan pahala kita, dan segala amalan-amalan mulia kita seperti bersedekah dan menjadi insan dermawan, mendapat rahmat-Nya yang berterusan,” tambahnya.


DERMA


Sumbangan boleh disalurkan dengan:

1. PayNow UEN: S36MM0001G.

2. Pemindahan bank: OCBC 507018232001.

3. Pungutan dari rumah (minimum $100): WhatsApp ke talian 9182-4766 (nyatakan nama, alamat dan jumlah sumbangan yang ingin diberikan).

4. Hadir di pejabat Madrasah Al-Ma’arif: Isnin hingga Jumaat (8 pagi hingga 4.00 petang).

5. Hantarkan cek atas nama ‘Madrasah Al-Ma’arif Al-Islamiah’ dan poskan ke alamat No 3 Lorong 39 Geylang, Singapura 387865.

6. Untuk maklumat lanjut lungsur laman www.infaqmadrasahalmaarif.com




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >