Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Dasar luar S’pura berpandu kepentingan negara: Vivian

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dasar luar S’pura berpandu kepentingan negara: Vivian

Tidak harus didorong sentimen atau pertalian dengan kumpulan asing
Feb 29, 2024 | 07:18 PM



Dasar luar Singapura dilakar berdasarkan penilaian kelemahan dan kepentingan negara, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.

Dasar itu tidak boleh didorong sentimen atau pertalian dengan kumpulan luar, tambahnya.

Berucap semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) bagi Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 29 Februari, Dr Balakrishnan berkata semangat bersatu dan perpaduan negara adalah penting untuk melaksanakan dasar luar yang berkesan, dan rakyat Singapura tidak boleh membenarkan isu dan peristiwa luar mengancam keharmonian dan perpaduan negara.







“Jika kita tidak boleh bersatu di dalam negeri, bagaimana kita boleh menghadapi dunia luar dengan segala bahaya dan cabarannya?

“Apabila bercakap (di luar), kita mesti bercakap sebagai rakyat Singapura, bagi pihak Singapura yang berbilang kaum, walaupun ketika berurusan dengan negara yang kita mempunyai hubungan yang sangat rapat dan mesra,” kata Dr Balakrishnan.

Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa konflik Israel-Hamas telah menambah “rungutan kesengsaraan” yang menimpa dunia selain perang Russia-Ukraine dan ketegangan antara Amerika Syarikat dan China yang sedang berterusan.







Ini, menurut beliau, telah mencetuskan perdebatan mengenai dasar luar Singapura dan bagaimana rakyat Singapura harus respons sebagai sebuah negara.

Beliau mengakui konflik tersebut telah menimbulkan tindak balas yang kuat daripada masyarakat antarabangsa, serta rakyat Singapura dari semua lapisan masyarakat. Namun, beliau menegaskan bahawa Singapura tidak berpihak pada mana-mana negara.

Singapura telah mengutuk serangan Hamas ke atas orang awam Israel dan penculikan tebusan pada 7 Oktober kerana kelakuan tersebut merupakan “tindakan pengganasan yang terang-terangan dan menjijikkan yang tidak boleh dibenarkan oleh sebarang keadaan, konteks, atau sejarah”, katanya.

Pada masa sama, beliau berkata walaupun Singapura mengiktiraf hak Israel untuk mempertahankan diri, ia juga secara konsisten menegaskan bahawa Israel harus mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

“Tindakan Israel mesti mematuhi prinsip keperluan dan perkadaran. Israel mesti mematuhi undang-undang perang, termasuk prinsip perbezaan dan kemanusiaan yang termaktub dalam Konvensyen Geneva.

“Malangnya, tindak balas tentera Israel melampaui batas. Situasi bencana di Gaza memerlukan gencatan senjata kemanusiaan dengan segera untuk meringankan penderitaan yang tidak tertanggung oleh mangsa awam dan membolehkan bantuan kemanusiaan sampai kepada mereka,” kata Dr Balakrishnan.

Dalam ucapannya, Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Pendidikan dan Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, berkata segelintir rakyat Singapura menyoal mengapa Singapura tidak memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel.

Beliau berkata sebagai sebuah negara kecil, adalah penting Singapura menjalin hubungan baik dengan seberapa banyak negara yang mungkin demi kepentingan negara dan agar Singapura kekal relevan di pentas dunia.

“Memutuskan hubungan diplomatik dengan negara yang bercanggah tingkah laku tidak akan memperbaiki situasi. Ia tidak akan mengubah arus persengketaan ini.

“Malah, banyak negara Timur Tengah, seperti Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Jordan yang lebih dekat dan lebih memahami kerumitan konflik ini, juga tidak memutuskan hubungan diplomatik mereka dengan Israel.

“Mempunyai hubungan diplomatik tidak bermakna kita setuju dengan setiap tingkah laku mereka. Kita menyuarakan ketidaksetujuan ini menerusi cara kita mengundi resolusi-resolusi Perhimpunan Agung PBB berkaitan isu Palestin,” kata Dr Maliki.

Dalam ucapannya, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata konflik di Gaza menjejas masyarakat Singapura, walau beliau akur tidak semua kumpulan terkesan secara yang sama.

“Tidak semua kumpulan terkesan kuat. Masyarakat Islam amat terkesan. Sebilangan orang mengakui bahawa apa yang dilakukan oleh Hamas pada 7 Oktober adalah satu tindakan pengganasan. Tetapi lebih daripada yang lain, mereka melihat ketidakadilan dalam apa yang berlaku di Gaza.

“Ini bukan konflik yang bermotifkan kaum atau agama, tetapi ia juga sukar untuk memisahkannya daripada kaum dan agama. Oleh itu, kita mesti berhati-hati bagaimana kita membincangkan isu itu sebagai masyarakat,” kata Dr Faishal.

Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, bersetuju dengan Dr Balakrishnan bahawa dasar luar Singapura bermula daripada negara sendiri dan Singapura tidak seharusnya memutuskan hubungan dengan negara lain hanya kerana Singapura tidak bersetuju dengan pandangan dan tindakannya.

“Mengenai dasar luar negara bermula di dalam negara dan kepentingan masyarakat yang bersatu padu dan bersatu di Singapura – saya menyokong pendirian itu.

“Saya tidak membantah Menteri tentang betapa pentingnya Singapura harus mengekalkan hak kita untuk mempertahankan diri,” kata Encik Pritam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >