Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Maliki: Pemerintah fahami, prihatin sentimen masyarakat Islam S’pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki: Pemerintah fahami, prihatin sentimen masyarakat Islam S’pura

Feb 29, 2024 | 07:19 PM



Pemerintah faham dan prihatin terhadap perasaan masyarakat Melayu/Islam Singapura berhubung konflik Israel-Hamas yang masih berterusan, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman.

Beliau berkata bahawa terdapat tiga ikatan persaudaraan antara masyarakat Melayu/Islam di sini dengan penduduk Islam di Palestin

Ini termasuk ikatan ukhuwah umat Islam, ikatan terhadap kedudukan Masjid Al-Aqsa - masjid ketiga terpenting dalam Islam - serta ikatan kemanusiaan.

Namun, pemerintah juga perlu bertindak mengikut kepentingan negara, kata Dr Maliki, memberi respons kepada hujah sesetengah pihak yang menggesa Singapura mengakhiri hubungan diplomatik dengan Israel.

Dr Maliki menambah, masyarakat di sini juga mampu menzahirkan harapan mereka untuk persefahaman dan perdamaian antara Israel dan Palestin “dengan cara memperjuangkan keamanan, bukan kemusnahan”. 

Beliau berkata pemimpin agama Singapura telah mengeluarkan panduan serta menyediakan ruang bagi masyarakat Melayu/Islam di sini meluahkan segala emosi yang dirasakan berhubung konflik yang sedang berlaku di Timur Tengah. 

“Pejabat Mufti telah mengeluarkan irsyad yang mengandungi nasihat mengenai pandangan Islam terhadap keganasan dan reaksi kita sebagai orang beriman. 

“Ini selaras dengan visi membina dan memperkuat Identiti Muslim Singapura,” kata beliau sewaktu berucap dalam perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Ehwal Luar di Parlimen pada 29 Februari.

Badan-badan agama yang mewakili kepimpinan agama Islam di Singapura turut menerbitkan satu buku panduan dalam talian pada 22 November berhubung konflik yang sedang melanda Timur Tengah.

Buku panduan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) dan Rangkaian Belia Asatizah (AYN) antara lain, menekankan pandangan Islam terhadap penindasan dan pencerobohan serta menolak sebarang bentuk penindasan tanpa mengira siapa pelakunya.

Ia turut menggariskan pentingnya masyarakat Islam di sini merujuk kepada tafsiran oleh ulama yang berwibawa dan fahami konteks kandungan keagamaan yang dimuat naik ke media sosial berhubung konflik yang berterusan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >