Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Firma hargai jasa pekerja asing, tawan hati warga net

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firma hargai jasa pekerja asing, tawan hati warga net

Jan 25, 2024 | 04:12 PM



Video majlis perpisahan seorang pekerja asing yang telah lama berkhidmat di sebuah syarikat kejuruteraan di sini baru-baru ini telah tular di media sosia dan membuat ramai yang memuji syarikat terbabit kerana memberikan “contoh yang baik” dan menghargai kerja keras pekerja itu.

Dalam muatan TikTok itu, seorang pekerja asing dari Bangladesh — dikenali sebagai Sona Miah — dilihat mengelap air matanya sambil memegang erat rakan sekerjanya, Encik Hossen Md Imran, yang juga kelihatan emosi sambil menepuk bahu Encik Sona.


Beliau juga dilihat diapit pengasas syarikat Shun Yi Cheng Contract Engineering (SYC), Encik Kek Chin Heng .




@hm_imran_786

The Retirement of our company's most Senior Employee ' Sona Mia' becomes reality. 27 years worked in our company within his 32 years Singapore life. May Allah bless him and keep him in safe all the way......

♬ original sound - 𝗛𝗠 𝗜𝗺𝗿𝗮𝗻



Video itu disiarkan pada Selasa (16 Januari) oleh Encik Hossen Md Imran yang juga pekerja firma SYC.

Laman web SYC menyatakan bahawa syarikat itu pakar dalam pemasangan lantai, siling dan sistem sekatan yang ditinggikan untuk industri bilik bersih semikonduktor dan farmaseutikal.

Setelah menerima berita mengenai persaraan Encik Sona, SYC memutuskan untuk menganjurkan “pesta mini” untuk pekerja yang bakal bersara itu semasa makan malam akhir tahunan untuk seluruh syarikat pada 30 Disember 2023.

SYC mengesahkan bahawa Encik Sona, yang berusia 57 tahun, telah bekerja di syarikat itu selama 27 tahun, tetapi telah menginap di Singapura sejak 32 tahun lalu.

Encik Hossen, yang juga berasal dari Bangladesh dan datang ke Singapura pada 2016, berkata bahawa Encik Sona adalah “pekerja paling kanan” syarikat itu.

Firma kejuruteraan itu diuruskan oleh tiga pengasas bersama Singapura.

Bercakap melalui mikrofon, salah seorang pengasas yang dilihat berbaju biru muda, Encik Bryant Ng Kuan Gee, 52, bergurau bahawa pesara itu lebih kaya daripadanya, mungkin disebabkan oleh bilangan tahun beliau bekerja di SYC.

“Berapa banyak rumah yang anda ada di Bangladesh?”

“Saya fikir ia mungkin 27 rumah,” kata Encik Bryant lagi.

Pengasas bersama SYC, Encik Kek Chin Heng, kemudian terisak ketika beliau sedang memberi ucapan.

“(Apabila) kami perlu menyegerakan sesebuah projek, Encik Sona pasti akan membantu siapkan segala-galanya,” katanya kepada orang ramai. “Tidak pernah beliau katakan dirinya penat.”

Encik Ng menambah:

“Katakanlah kami mula bekerja pada 8 pagi atau 9 pagi, kami betul-betul bekerja sepanjang hari sehingga lewat malam, seperti, 10 malam, 11 malam, tengah malam? Melakukannya sambil berlutut atau bercangkung, dan Sona Miah adalah ketuanya.”

Sehingga 25 Januari, video itu telah menerima 901.4 ribu tontonan, dengan lebih 2,400 komen warga net. Dua lagi video dimuat naik juga berkaitan dengan topik yang sama.

Majoriti komen datang daripada pengguna TikTok yang tersentuh dengan video itu, dengan beberapa orang mengatakan bahawa ia juga membuat mereka menangis.


“Beginilah pekerja asing patut dihormati. Syabas kepada syarikat dan bos ini,” kata Pengguna TikTok @ohedulislam05

Ramai yang memuji SYC, kerana menjadi contoh majikan yang baik.

“Syarikat yang baik dengan bos dan rakan sekerja yang baik, untuk mengekalkan Encik Sona selama 27 tahun…”

Seorang lagi berkata: “Dia (akan) hilang selepas bersara... dan pasti merindui kamu semua. Bos dan pekerja sama-sama bertuah.”

Yang lain mengucapkan terima kasih kepada bos SYC dan Encik Sona kerana mengadakan pesta untuknya dan mengulas betapa “jarang” mereka lihat acara sedemikian, terutamanya untuk pekerja asing di Singapura.

Dalam salah satu video, yang disiarkan baru-baru ini, Encik Ng mengisytiharkan: “Ia bukan mudah, tetapi saya percaya Sona Miah telah menyumbang 100 peratus usahanya kepada pertumbuhan SYC. Dan mungkin juga, menjadi mentor kepada kebanyakan pekerja SYC di sini.

Bagi Encik Hossen, beliau melahirkan rasa terima kasihnya kepada SYC, menggelarnya sebagai syarikat yang “sangat baik” dan berkata bahawa beliau berbangga bekerja untuk syarikat itu.

Dalam foto yang disiarkan oleh Encik Hossen, Encik Kek juga dilihat sedang mengikat rantai emas di leher Encik Sona.

SYC menyatakan bahawa mereka telah memberinya “hadiah dan cenderahati”, tetapi enggan mendedahkan jumlahnya.

Menurut syarikat itu, Encik Sona terpaksa meninggalkan Singapura kerana permit kerjanya akan tamat pada 11 Januari 2024.

“(Di bawah) undang-undang MOM (Kementerian Tenaga Manusia), mereka hanya boleh bekerja (selama) maksimum (selama) 26 tahun,” jelas Encik Ng. “Jadi kami sebenarnya merayu kepada MOM dua kali tetapi ia ditolak.”

Laman web MOM menyatakan bahawa tempoh maksimum penggajian bagi pekerja asing Bangladesh dalam sektor pembinaan ialah 14 tahun bagi pekerja berkemahiran asas dan 26 tahun bagi pekerja berkemahiran tinggi.

Encik Sona telah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan dua anak lelaki yang sudah dewasa, selain dua cucu lelaki dan seorang cucu perempuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >