Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Gempa bumi: PM Lee kirim takziah kepada PM Jepun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gempa bumi: PM Lee kirim takziah kepada PM Jepun

Jan 04, 2024 | 06:48 PM



Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, telah menulis surat kepada Perdana Menteri Jepun, Encik Fumio Kishida, untuk menyampaikan ucapan takziah atas kehilangan nyawa disebabkan gempa bumi yang melanda negara itu pada 1 Januari.

Dalam kejadian yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 78 orang, hampir 600 gegaran melanda Semenanjung Noto sejak gempa pertama berlaku, meningkatkan kebimbangan tanah runtuh dan kerosakan selanjutnya pada prasarana.

Semua kematian telah dilaporkan berhampiran pusat gempa sekuat 7.6 magnitud di wilayah Ishikawa. Menurut pegawai di kawasan itu, lebih 33,000 orang telah berpindah dari rumah mereka dan kira-kira 100,000 rumah tidak mempunyai bekalan air.

Dalam surat bertarikh 4 Januari itu, Encik Lee berkata: “Saya sangat sedih dengan kehilangan nyawa dan kemusnahan yang disebabkan oleh gempa bumi di Semenanjung Noto pada Hari Tahun Baru.

“Bagi pihak pemerintah Singapura, saya mengucapkan takziah kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam bencana ini. Saya juga berharap agar mereka yang cedera cepat sembuh. Ingatan kami bersama anda dan rakyat Jepun dalam masa sukar ini.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >