Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Hotel baru bakal dibina di T2 Changi jelang 2027

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hotel baru bakal dibina di T2 Changi jelang 2027

Dec 20, 2023 | 05:51 PM



Satu hotel baru yang mempunyai sekurang-kurangnya 220 bilik bakal dibina di Terminal 2 (T2) Lapangan Terbang Changi menjelang 2027 untuk memenuhi jumlah penumpang yang dijangka terus meningkat.

Hotel itu, yang akan menjadi hotel ketiga di Lapangan Terbang Changi yang terletak di kawasan sebelum pelepasan imigresen dan boleh diakses orang ramai, akan dibina di atas perhentian bas di selatan T2 yang baru dibuka semula.

Dua hotel yang ada kini ialah Hotel Yotelair di Jewel yang mempunyai 130 bilik dan dibuka pada 2019 dan Hotel Crowne Plaza yang terletak bersebelahan dengan Terminal 3. Ia mempunyai 563 bilik dan dibuka pada 2008.

Sementara itu, terdapat empat hotel yang terletak selepas pelepasan imigresen yang memenuhi keperluan penumpang transit di Terminal 1, Terminal 2, Terminal 3 dan Terminal JetQuay.

Pengendali lapangan terbang, Changi Airport Group (CAG), telah mengeluarkan tender pada Ogos lalu untuk membangunkan hotel baru itu di T2. Difahamkan CAG akan mengumumkan pemenang tender itu menjelang April 2024.

Dalam dokumen tender yang dilihat The Straits Times (ST), CAG berkata penambahan hotel baru itu akan meningkatkan aliran pelancong di sekitar Changi. Malah, CAG bekerjasama dengan agensi pemerintah berkaitan untuk membangunkan kemudahan pelancongan.


CAG tidak memberikan butiran lanjut tentang kemudahan pelancongan baru tersebut.

Menurut dokumen tender itu lagi, hotel baru itu perlu berbeza daripada dua hotel sedia ada yang terletak sebelum pelepasan imigresen, dan menyasarkan segmen pelanggan baru.

Tambahnya, hotel tersebut juga harus memenuhi piawaian hotel tiga hingga empat bintang dan mempunyai keistimewaan yang sepadan dengan “imej dan kedudukan bertaraf dunia” Lapangan Terbang Changi.

Hotel baru itu bakal mempunyai sekurang-kurangnya 220 bilik, yang dijangka membentuk sekurang-kurangnya 60 peratus daripada jumlah keluasan lantai kasar (GFA) pembangunan baru itu.

Jurucakap CAG, Encik Ivan Tan, berkata reka bentuk hotel, termasuk jenis kemudahan dan titik akses yang berpotensi menghubung hotel ke lapangan terbang seperti laluan ke T2, ialah sebahagian daripada keperluan tender.

“Mewujudkan pengalaman perjalanan terbaik sentiasa menjadi tumpuan utama CAG, dan kami menantikan konsep dan idea yang berbeza yang akan membawa tawaran layanan baik Changi ke tahap lebih tinggi,” tambah Encik Tan.

Jumlah penumpang di Lapangan Terbang Changi masih belum pulih ke tahap pra-Covid-19, walaupun ia telah pulih dengan kukuh sepanjang 2023.

Data dikeluarkan CAG pada 20 Disember menunjukkan bahawa 5.15 juta pelancong melalui lapangan terbang itu pada November 2023, berbanding 5.72 juta pada November 2019.

Ia adalah bulan kedua berturut-turut trafik penumpang di Lapangan Terbang Changi telah melepasi 90 peratus daripada tahap pra-Covid-19.

Kementerian Pengangkutan (MOT) sebelum ini berkata trafik penumpang di Changi bakal kembali ke tahap pra-Covid-19 menjelang 2024, atau mungkin lebih awal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >