Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Ibu bapa boleh daftar nama bayi yang lahir mati

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu bapa boleh daftar nama bayi yang lahir mati

Jan 09, 2024 | 06:35 PM



Satu undang-undang yang akan membolehkan ibu bapa mendaftarkan nama bagi anak yang lahir mati telah diluluskan di parlimen pada 9 Januari.

Undang-undang tersebut juga menukar takrif garis masa bagi anak yang lahir mati daripada 22 minggu kepada 24 minggu.

Keputusan membenarkan ibu bapa menamakan anak mereka yang lahir mati secara rasmi dibuat selepas menerima maklum balas daripada ibu bapa sedemikian yang berduka akibat kehilangan anak yang lahir mati, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, di parlimen.

“Bagi sesetengah ibu bapa, menamakan anak (yang lahir mati) merupakan langkah penting dalam proses pemulihan,” kata Cik Sun.

“Kami berharap pindaan kepada RBDA (Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian) untuk membolehkan pendaftaran rasmi nama bagi anak yang lahir mati akan membantu mengiktiraf kelahiran kanak-kanak itu dan menyokong proses penyembuhan ibu bapa yang berduka,” tambahnya.

Dengan pindaan baru kepada undang-undang itu, ibu bapa boleh memohon mendaftarkan nama anak yang lahir mati dalam tempoh setahun selepas kelahiran anak tersebut, kata Cik Sun.

Sebelum ini, ibu bapa bayi lahir mati mendapat sijil kelahiran mati digital, tetapi nama kanak-kanak itu tidak disenaraikan.

Penamaan rasmi kanak-kanak yang lahir mati akan perlukan penambahbaikan pada sistem Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), kata Cik Sun.

“Memandangkan ICA juga mempunyai peningkatan sistem mendesak yang lain, penambahbaikan yang berkaitan dengan penamaan kelahiran mati akan mengambil sedikit masa. Kami anggarkan kira-kira dua tahun,” ujarnya.

Di bawah pindaan baru kepada undang-undang yang telah diluluskan itu, definisi bayi yang lahir mati ialah mereka yang berusia 24 minggu ke atas, berbanding 22 minggu sebelum ini.

Penukaran tersebut adalah berdasarkan maklum balas yang diterima daripada masyarakat perubatan setempat.

“Pengamal perubatan bimbang tentang perkara ini, kerana bukti perubatan dan saintifik setempat menunjukkan 24 minggu kehamilan sebagai ambang untuk daya maju janin, dan bukan 22 minggu.

“Tinjauan MOH (Kementerian Kesihatan) pada 2018 dan 2022 yang melibatkan pakar setempat merumuskan bahawa kadar kelangsungan hidup bayi pramatang yang dilahirkan pada 22 minggu ialah hampiri sifar, manakala daya maju janin pada 24 minggu ialah kira-kira 50 peratus,” jelas Cik Sun.

Beberapa anggota parlimen termasuk daripada parti pembangkang mengutarakan sokongan mereka terhadap pindaan undang-undang itu.

Profesor Madya Jamus Lim (GRC Sengkang) berkata:

“Atas sebab inilah - martabat pengiktirafan yang diberikan oleh sebuah nama, yang membantu keluarga yang berkabung mengatasi tragedi yang tidak terkata – Parti Pekerja menyokong Rang Undang-undang ini. Ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >