Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Ibu bapa dan anak terus gemilang melalui program Mendaki

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

YAYASAN MENDAKI

Ibu bapa dan anak terus gemilang melalui program Mendaki

Pada 2018, program Tiga M dipertingkat dan dinamakan program KelasMateMatika
(KMM)
Jan 28, 2024 | 05:30 AM



Apabila Yayasan Mendaki memperkenalkan program ‘Maju Minda Matematika’, atau Tiga M, pada 2002, ia berharap dapat menghuraikan masalah prestasi kurang baik bagi mata pelajaran Matematik yang dilihat dalam kalangan pelajar Melayu/Islam pada waktu itu.

Program itu ditawarkan kepada kanak-kanak prasekolah daripada keluarga berpendapatan rendah dan turut melibatkan ibu bapa mereka dengan matlamat meningkatkan pemahaman ibu bapa mengenai konsep asas Matematik agar dapat menyediakan sekitaran rumah sesuai bagi membangun kemahiran anak dalam mata pelajaran tersebut.

Pengerusi Mendaki pada waktu itu, Dr Yaacob Ibrahim, berkata keputusan bagi mata pelajaran Matematik dalam kalangan pelajar Melayu yang menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) pada waktu itu tidak memuaskan.

“Kami risau. Bagaimana boleh kami selesaikan masalah itu? Kami sedar kami tidak boleh menyelesaikannya dengan memberi mereka kelas tuisyen. Kami harus pergi lebih dalam lagi,” kata mantan Menteri Kabinet itu.

Atas nasihat seorang pakar dari luar negara, Mendaki mula melakukan kajian dengan mengumpul data dan maklumat untuk lebih memahami cabaran yang dihadapi. Badan itu meneliti dua kumpulan keluarga Melayu/Islam berpendapatan rendah yang mempunyai anak-anak di sekolah rendah daripada dua blok di estet perumahan sama.

Kumpulan pertama terdiri daripada keluarga dengan anak-anak yang tidak menunjukkan prestasi baik dalam Matematik. Kumpulan kedua pula terdiri daripada keluarga dengan anak-anak yang menunjukkan prestasi baik dalam Matematik, dan jika mereka tidak menunjukkan prestasi baik, terdapat usaha untuk memperbaiki keadaan itu.

“Bagi kumpulan pertama, kami dapati ibu bapa akan memberitahu anak-anak mereka bahawa mereka tidak perlu belajar untuk Matematik dan tidak perlu lulus mata pelajaran itu. Mereka mempunyai sikap mudah putus asa,” singkap Dr Yaacob.

“Kumpulan kedua lebih menarik. Ada dalam kalangan mereka yang raih keputusan baik dalam mata pelajaran itu. Tetapi bagi mereka yang raih keputusan kurang baik, ibu bapa akan dapatkan bantuan untuk anak-anak mereka. Jadi, kumpulan ini menunjukkan usaha untuk perbaiki keputusan anak-anak mereka,” tambahnya.

Mendaki meneliti perbezaan antara kedua-dua kumpulan itu dan mendapati bahawa perubahan dalam prestasi Matematik pelajar perlu dibuat melalui ibu bapa. Program Tiga M dirintis tidak lama kemudian untuk keluarga berpendapatan rendah kerana mereka kekurangan sumber untuk menghantar anak-anak mereka ke kelas tambahan dan pengayaan, kata Dr Yaacob.

“Ia menjadi program keluarga. Ibu bapa diajar cara mengajar Matematik bukan dengan buku teks dan kalkulator tetapi dengan biji saga dan batang aiskrim. Kami gunakan benda-benda mudah yang boleh ditemui di rumah. Mereka menjadi teruja dan tertarik dengan Matematik,” kata Dr Yaacob.

Program itu kemudian dilancarkan secara rasmi pada 2003.

“Saya rasa apa yang Tiga M lakukan adalah untuk menjadikan Matematik lebih jelas dan mudah difahami. Ibu bapa tidak lagi melihat Matematik sebagai mata pelajaran yang sukar dan mereka sedar yang sesiapa sahaja boleh melakukan Matematik,” katanya. Pada 2018, program Tiga M dipertingkat dan dinamakan program KelasMateMatika@CC (KMM).

Menerusi program KMM yang dijalankan di Kelab Masyarakat (CC), lebih ramai kanak-kanak prasekolah dan ibu bapa berpendapatan rendah dapat meraih manfaat daripada program yang dipertingkat itu. Mengulas tentang perkembangan program Tiga M menjadi KMM, Dr Yaacob memuji usaha oleh pasukan Mendaki kini, dan berkata programnya konsisten.

“Asasnya ialah penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak. Ini penting kerana apabila kita mempunyai anak, kita bertanggungjawab ke atasnya seumur hidup kita. Pesanan saya kepada ibu bapa Melayu, kita perlu bertanggungjawab akan didikan dan asuhan anak-anak kita. Dan Mendaki adalah rakan kongsi kita dalam melakukan ini. Salah satu benda yang Mendaki boleh tawarkan ialah program KMM untuk membantu anda menolong anak anda,” kata Dr Yaacob.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >