Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

INSPIRASI PPIS sokong pasangan muda

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

INSPIRASI PPIS sokong pasangan muda

Dec 31, 2023 | 05:30 AM



Hab INSPIRASI PPIS bekerjasama dengan pasangan muda dan memastikan mereka mempunyai kemahiran dan pengetahuan penting bagi membina perkahwinan serta keluarga yang kukuh.

Ia juga bekerjasama dengan ibu bapa untuk menekankan kepentingan penglibatan mereka dalam memastikan anak mereka menerima bimbingan dan sokongan apabila menghadapi cabaran kehidupan berumah tangga.

Pelbagai sokongan menyeluruh turut ditawarkan Hab INSPIRASI bagi membantu pasangan muda dalam sepuluh tahun pertama perkahwinan mereka.

Selain Program Persiapan Rumah Tangga untuk pasangan muda, ia juga menawarkan sokongan susulan selepas perkahwinan untuk sepuluh tahun pertama perkahwinan melalui program Kelab INSPIRASI yang mengendalikan aktiviti-aktiviti memperkukuhkan kehidupan berumahtangga dan berkeluarga.

Program Bersamamu pula adalah sesi bersemuka bersama kadi dan naib kadi sebelum pasangan muda bernikah. Ia dapat membantu kadi dan naib kadi untuk kenal pasti di peringkat awal cabaran yang dihadapi oleh pasangan dan siapa memerlukan sokongan lebih dari kadi dan naib kadi atau agensi-agensi lain.

Dalam masa yang sama, pasangan berpeluang untuk mendapatkan tip sebelum mendirikan rumah tangga dan bertanya tentang kemusykilan agama seperti hukum-hakam pernikahan, nilai kekeluargaan dari kaca mata Islam dan seumpamanya.

“Rumah tangga bahagia bukanlah rumah tangga yang tidak mempunyai masalah langsung, tetapi ia di mana pasangan suami isteri itu sentiasa saling melengkapi dan menyokong satu sama lain apabila menghadapi onak dan duri dalam alam perkahwinan. Masalah tidak sepatutnya membuat pasangan semakin jauh antara satu sama lain, tetapi masalah seharusnya membuat pasangan semakin erat disebabkan kesatuan mereka untuk menanganinya dengan sikap matang dan minda positif,” kata naib kadi Ustaz Muhammad Zuhaili yang turut membimbing pasangan muda dalam program Bersamamu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >