Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Jamiyah anjur Pesta Muslim Singapura 2024

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jamiyah anjur Pesta Muslim Singapura 2024

Usaha perkukuh budaya, warisan dan perkenal artifak Islam kepada orang ramai
Feb 25, 2024 | 05:31 AM



Acara berunsur Islam yang terbesar tahun ini, Singapore Muslim Festival 2024 (Pesta Muslim Singapura 2024), anjuran Jamiyah Singapura bakal berlangsung dari 1 hingga 3 Mac, di Singapore Expo, Dewan 6, 10 pagi hingga 10 malam.

Dengan ruang acara yang lebih luas di Singapore Expo, bersama-sama dengan tarikan baru dan inovatif, artis dan penceramah tempatan dan antarabangsa, pelbagai produk berkaitan Islam serta pilihan makanan Halal, acara gah ini akan memastikan terdapat sesuatu untuk seisi keluarga.

Acara Seerah, atau ‘Pameran Bergerak Antarabangsa’, mempamerkan artifak-artifak Nabi Muhammad saw dan juga sejarah Islam. Ia bertujuan memberi kesempatan kepada semua pengunjung melihat dengan lebih dekat lagi keindahan artifak-artifak yang antaranya berusia melebihi 1,400 tahun. Tahun ini, pengunjung berpeluang melihat sejumlah 21 artifak dengan 16 daripadanya akan dipamerkan buat kali pertama. Artifak-artifak baru termasuk tongkat Rasulullah, kain penutup makam Rasulullah dan sarban Imam Syafie.


Pengalaman VR, atau Realiti Maya, yang dipertingkat membawa peserta kembali ke zaman silam untuk menyaksikan detik-detik penting dalam kehidupan Nabi saw.


Dalam pada itu, Pengalaman Metaverse, atau Alam Metasemesta, yang diperkenalkan tahun ini, membolehkan peserta meneliti dan meneroka ruang suci Kaabah dan kediaman Nabi Muhammad saw.


Pengunjung yang datang dengan keluarga dan anak-anak, berpeluang menyaksikan tayangan eksklusif Team Noon, filem pendek animasi dari Mesir yang meneroka keajaiban sains yang menarik yang terdapat dalam Al-Quran. Terdapat 10 episod, setiap satu memberi tumpuan kepada satu ayat Al-Quran yang tertentu. Siri ini sesuai untuk kanak-kanak berusia daripada 2 tahun hingga 12 tahun. Kesemua episod akan ditayangkan sepanjang tiga hari mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan di dua bilik tayangan.


Kemuncak pesta ialah ‘Sesi Selawat Mega’ yang akan dipimpin oleh Ustaz TM Fouzy. Semua dijemput hadir ke Sesi Selawat Mega ini pada Ahad, 3 Mac, 8.45 malam.

Kepada yang ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai atur cara pentas, senarai pensyarah dan selebriti yang akan tampil, sila ikuti IG, FB @jamiyahsg.

PENDAFTARAN PRAACARA


Seramai 5,000 orang pertama yang mendaftar untuk menghadiri pesta ini akan menerima senaskhah Al-Quran dengan terjemahan dalam bahasa Inggeris. Sila daftar melalui kod QR yang disediakan.

FILEM TEAM NOON


Tempah tempat duduk anda untuk menonton Team Noon. Sila tempah melalui kod QR yang disediakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >